Urutan bayi merupakan salah satu aktiviti yang sering dipandang ringan oleh ibu bapa. Seelok-eloknya, sejak dari bayi lahir lagi, amalan ini diterap di dalam jadual harian penjagaan bayi.
Mengapakah urutan bayi ini sangat penting? Mari kita baca kebaikkannya bersama!
Apakah Urutan Bayi?
Urutan bayi ialah mengurut dengan lembut pada bahagian badan bayi seperti perut, betis dan tapak kaki. Urutan bayi ini seeloknya dilakukan oleh ibu atau bapa bayi sendiri. Ini adalah kerana apabila melakukan urutan, hormon oksitosin atau hormon kasih sayang akan dihasilkan. Ini membuat hubungan antara anda dan bayi anda menjadi lebih erat.
Apakah kelebihan urutan bayi?
Urutan bayi bukan sahaja memberi manfaat pada bayi, malah untuk ibu dan bapa juga. Bagi bayi yang pramatang, urutan dapat membantu mereka membesar dan berkembang dengan lebih baik. Urutan bayi ini elok diamalkan dari lahir sehinggalah anak sudah berumur 3-4 tahun juga!
Urutan bayi dapat membantu anak anda untuk:
- menguatkan ikatan dan hubungan dengan anda
- merasa lebih tenang dan kurang merengek
- kurang menangis dan kurang rasa tidak selesa
- tidur lebih baik
- melancarkan peredaran darah dan membantu mengeluarkan angin
- merangsangkan deria sentuh bayi
Apabila melakukan urutan bayi, ini dapat memastikan kami meluangkan masa yang amat berharga dengan anak. Jangan lepaskan peluang ini untuk bercakap-cakap dengan anak dan buatkan mereka berasa gembira dan ceria apabila bersama kita.
Apakah yang diperlukan untuk urutan bayi?
Pastikan bilik itu hangat. Kemudian baringkan bayi anda di atas tuala atau lipatan kain, dengan tikar menukar lampin di bawahnya. Anda mungkin lebih suka bayi memakai vest jika keadaan agak sejuk. Atau biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala.
Memandangkan ini adalah waktu yang istimewa bagi anda dan bayi anda, pastikan tiada sebarang gangguan dalam bilik itu.
Letakkan segala-gala yang anda perlukan berhampiran, termasuk:
- minyak untuk mengurut;
- tuala atau kain muslin untuk mengelap sebarang “kemalangan”;
- baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas itu;
- peralatan menukar lampin yang biasa anda gunakan.
Menggunakan minyak atau krim akan memudahkan tangan anda bergerak di atas kulit bayi dan mungkin lebih merelakskan bagi bayi anda. Tepulanglah kepada anda samada hendak menggunakan krim pelembap bayi atau minyak sayuran atau minyak mineral bayi untuk mengurut.
Apa sahaja minyak atau krim yang anda guna, baik juga jika anda sapu sedikit pada kulit bayi sebelum bermula, kalau-kalau dia mendapat reaksi alahan.
Adalah digalakkan untuk menggunakan Minyak Tenang Anakanda yang diperbuat daripada campuran bahan-bahan herba terpilih untuk anak anda. Boleh digunakan untuk yang berkulit sensitif kerana kandungan minyak tidak berangin dan sesuai untuk kulit kering juga.
Bagaimanakah cara untuk mengurut anak saya?
Anda boleh mengolah sendiri cara urutan dengan bayi anda dan jadikan rutin harian bersama anak anda! Untuk permulaan, boleh jadikan video yang kami sediakan untuk cara urutan bayi sebagai rujukan anda! Sila rujuk video berikut:
Artikel diolah daripada: www.babycentre.com.my

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604