Setiap pasangan pasti akan berada dalam dilemma apabila berfikir tentang perancangan keluarga. Mana yang lebih baik, jarak antara anak lebih dekat atau sebaliknya?

Ada yang bimbang pengurusan keluarga akan terabai jika jarak antara anak terlalu dekat, dan ada pula yang menganggap jarak yang dekat mampu mengeratkan lagi hubungan sesama anak.

 

Jarak ideal kehamilan yang dianjurkan oleh pakar adalah 2 tahun selepas waktu persalinan. Hal ini berdasarkan beberapa pertimbangan kepada si ibu dan anak terutama para ibu yang menjalani proses pembedahan pada persalinan sebelumnya. Selain itu, jarak kehamilan yang terlalu dekat mampu menimbulkan risiko pada bayi yang dikandung.

 

Antara kebaikan menjarakkan kehamilan

 

1.Tempoh pemulihan bagi kesihatan si ibu

Dalam tempoh minimal 2 tahun si ibu mampu mempersiapkan diri untuk kehamilan seterusnya termasuklah memastikan rahim benar-benar kecut dan kembali kepada bentuk asal. Tempoh pemulihan selepas bersalin amat penting demi mengekalkan kesihatan serta kecantikan luaran dan dalaman para ibu.

 

2. Menjaga kesihatan bayi

Menjaga jarak kehamilan selama 2-5 tahun mampu menjamin kesihatan bayi yang dikandung disamping menghindarkan masalah bayi pra-matang. Kajian saintifik menunjukkan wanita yang mengandung semula selepas 6 bulan bersalin akan terdedah terhadap risiko melahirkan bayi pra-matang sebanyak 41%. Risiko tersebut akan menurun kepada 14% jika anda tunggu selama 12 bulan sebelum mengandung, dan turun hampir kepada 1% selepas 12-18 bulan. Dalam Islam, para ibu digalakkan menyusukan bayi selama 2 tahun untuk merangsang pembentukan otak dan sistem imunisasi yang baik buat si anak.

 

3.Menghindari risiko kekurangan khasiat pemakanan

Dengan mengamalkan perancangan kehamilan mengikut jarak yang ideal maka para ibu dapat mengurangkan risiko ”nutritional deficiencies” atau kurang zat gizi terutama zat besi. Disamping itu, para ibu juga dapat mengelakkan risiko anemia akut yang mampu meningkatkan risiko stress pada saat kehamilan. Ini adalah berpunca daripada keadaan si ibu yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kehamilan sebelumnya sehingga belum mampu memaksimakan pembentukan makanan bagi janin dan juga pada diri sendiri.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604