Anak lelaki saya terlalu “clingy”. Rimasnya.

Sesetengah ibu lemah gemar tatkala si anak lebih manja dengan mereka. Ini adalah kerana proses ini hanya dapat dialami oleh si ibu sewaktu anak mereka masih kecil sahaja. Setelah si anak meningkat dewasa hubungan dengan si ibu semakin renggang.

 

 

Namun ternyata, apabila si anak terlalu memerap sehingga tidak boleh berpisah (terutamanya anak lelaki)si ibu pasti akan mula berasa rimas dan tidak selesa. Kecenderungan si anak untuk lebih bersama dengan si ibu adalah disebabkan beberapa faktor antaranya kerana sifat si ibu yang lebih lembut dan penyabar.

 

Kelebihan Anak Lelaki Lebih Rapat Dengan Ibu

1.Kecerdasan Emosi dan Empati

Apabila seseorang anak lelaki itu rapat dengan ibunya, mereka akan lebih bebas untuk mengenali dan mengekspresi emosi sendiri. Secara tidak langsung ini dapat membantu mereka menjadi seseorang yang lebih peka tentang perasaan orang sekeliling. Di samping itu, hubungan istimewa yang dibina bersama si ibu mampu mengelakkan perasaan ego yang melampau.

2. Menjadi Seorang Pasangan Yang Penuh Dengan Empati Kepada Keluarga

Satu kajian dari Universiti Havard oleh professor Dr. William Pollack iaitu seorang pakar di dalam bidang psikologi mengesahkan bahawa anak lelaki yang lebih rapat dengan ibunya tidak akan menolak untuk membantu kerja-kerja rumah. Contohnya seperti mengemas rumah, membasuh pinggan dan membuang sampah. Menjadi ‘anak emak’ bukanlah satu kelemahan malah satu ‘bonus point’ yang patut diambil kira dalam mencari calon suami.

3. Peluang Untuk Lebih Berjaya Di Dalam Pekerjaan

Kebiasaannya anak lelaki yang lebih rapat dengan si ibu akan lebih pandai berkomunikasi. Ini adalah kerana sikap ibu yang suka melayan kerenah anak, suka berkongsi cerita, dan lebih penyabar membuatkan si anak cenderung untuk berkomunikasi. Secara tidak langsung ia dapat membantu meningkatkan keyakinan diri yang mana mampu membuatkan si anak lebih berjaya dalam bidang pekerjaan mereka.

4. Memiliki Fahaman Yang Seimbang Mengenai Maskuliniti

Masyarakat hari ini sudah terbiasa dengan stigma maskuliniti contohnya seperti, ‘seorang lelaki tidak seharusnya menangis’; ‘seorang lelaki tidak perlu melakukan kerja-kerja rumah’. Fahaman yang tidak seimbang tentang maskuliniti ini sangat tidak sihat dalam membentuk emosi seorang lelaki. Hal ini mampu membuatkan seorang lelaki menjadi lebih ego dan menjejaskan hubungan dengan orang sekeliling.

5. Peluang Untuk Lebih Menyerlah Di Dalam Akademik

Satu kajian yang telah dijalankan di sebuah sekolah di New York  melibatkan 400 orang anak-anak di usia belasan, mendapati bahawa anak lelaki yang memiliki hubungan yang rapat dengan ibunya terbukti tidak mudah berasa cemas atau mengalami masalah depresi. Selain itu, mereka juga sering mendapat keputusan yang baik di dalam bidang akademik jika dibandingkan dengan rakan sebaya yang tidak rapat dengan ibu mereka.

 

Jadi, para ibu seharusnya berasa bangga jika si anak memilih untuk rapat dengan anda. Gunakan waktu istimewa antara anda dan si anak sebaik mungkin dengan menerapkan elemen-elemen yang positif kerana ia dapat membantu dalam membentuk jati diri mereka di masa akan datang.

 

Ternyata ‘anak emak’ ini banyak kelebihannya.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604