JOM JADI IBU BAPA YANG LEBIH KREATIF DI RUMAH

Menjadi ibu bapa bukan suatu perkara yang mudah. Pasti banyak cabarannya. Tanggungjawab untuk menjaga, mendidik, serta memberi kasih sayang pada yang sama kadangkala agak mencabar.

Tambahan pula anak-anak zaman sekarang sangat bijak. Mereka sudah tahu untuk memilih. Jika tiada aktiviti yang menarik di rumah, mereka dengan mudahnya merungut kebosanan atau mengajak ibu bapa untuk keluar berjalan.

 

Cara mudah untuk menghabiskan masa dengan anak-anak pada yang sama mendidik mereka mengenai sesuatu perkara yang baru tidak perlu menggunakan modal yang besar. Ibu bapa hanya perlu menggunakan barang-barang yang sedia ada di rumah saja. Bukan anak sahaja terhibur, malah ibu bapa pun dapat didik diri menjadi lebih kreatif.

 

KERTAS MENCONTENG  

Anak gemar menconteng dinding di rumah? Usah dimarah dan halang kreativiti anak tu. Cuba anda gantung kertas kanvas di bilik mereka dan minta anak-anak untuk menconteng disitu. Sediakan peralatan yang sesuai untuk mengelakkan gincu si ibu menjadi mangsa!

 

KATIL BAYI SEBAGAI MEJA  

Kebiasaannya katil bayi tidak akan dipakai lama. Selepas anak-anak membesar mereka akan menggunakan katil yang lebih sesuai dan selesa. Katil bayi yang ada tu jangan pula dibuang atau dijual. Sebaliknya tukarkan ia menjadi meja belajar atau meja kreativiti anak-anak. Jimat pun jimat, cantik pun cantik!

 

BUAIAN DIY 

 

Taman permainan merupakan syurga bagi kanak-kanak. Jika para bapa mampu membina satu ruang permainan di dalam kawasan rumah dengan DIY sahaja pasti anak-anak akan suka! Antaranya adalah gelongsor menggunakan kotak dan buaian menggunakan kain. Bukan itu saja, ibu bapa juga akan lebih mudah untuk mengawasi anak-anak.

 

DIY TEMPAT SIMPANAN BARANG

Cara mudah untuk mengisi masa lapang anda bersama anak-anak, adalah dengan bina satu tempat simpanan barang DIY. Contoh seperti membuat rak simpanan kereta mainan menggunakan bekas kotak tisu tandas. Secara tidak langsung, anak-anak juga boleh belajar mengemas barang di tempat yang sepatutnya selepas selesai bermain.

 

BUAT AIS KRIM SENDIRI

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah adalah membuat ais krim sendiri. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan pada hujung minggu. Kelebihan membuat ais krim sendiri adalah, anda dapat menghasilkan ais krim yang bebas pewarna dan perisa tambahan. Pasti anak-anak akan terhibur sambil menikmati ais krim buatan mereka sendiri!

 

 

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

By |2017-07-31T03:25:42+00:00July 31st, 2017|Creative, Latest Articles, parenting, Tip & Petua, Uncategorized|

Leave A Comment