JOM DIDIK ANAK MENABUNG

Menabung merupakan satu amalan mulia yang patut dipupuk oleh kedua ibu bapa kepada anak-anak. Dengan cara ini, anak-anak akan dibesarkan dengan sikap berjimat cermat dan tidak boros.Sebagai ibu bapa, anda lah role model terdekat kepada anak-anak. Setiap tingkah laku anda diperhatikan oleh mereka. Jika anda mampu menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak terutama dalam hal belanjawan pastinya anak anda akan mudah untuk mengikuti jejak langkah anda.

 

 

1)Bawa mereka ke bank dan buka akaun simpanan mereka

Banyak bank di Malaysia yang telah menawarkan akaun Junior bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. Kebanyakan bank ini juga menawarkan hadiah percuma dan promosi-promosi menarik sekiranya anda membuka akaun dengan mereka.

Dengan pelbagai tawaran hadiah yang menarik ini, ia akan membuatkan si anak lebih bersemangat apabila melihat sendiri buku bank dicatat dengan nama mereka dan ada berapa baki di dalamnya. Selain itu, anak juga gembira sebab dapat free gifts comel-comel.

 

2)Berikan mereka wang saku dan ajar cara menguruskan perbelanjaan

Setiap kali ke sekolah, anak-anak pasti diberikan wang saku. Ibu bapa seharusnya mengambil kesempatan ini untuk berikan peringatan pada mereka tentang amalan berjimat. Sekiranya mereka membawa bekal ke sekolah, maka beritahu bahawa mereka boleh menyimpan lebih banyak wang dengan cepat.

 

3)Belikan tabung kesukaan anak anda. Lebih baik sekiranya ia lut sinar.

Salah satu cara terbaik untuk memupuk perasaan suka menabung dalam diri anak-anak adalah dengan cara membiarkan anak-anak memilih tabung dengan gambar kartun kegemaran mereka. Lebih baik jika tabung tersebut dalam keadaan lut sinar, ini akan memudahkan si anak untuk melihat duit simpanan mereka.

Secara tidak langsung, anak-anak akan lebih gigih untuk menyimpan setiap hari agar duit tabungan mereka lekas penuh.

 

4)Didik anak-anak untuk berusaha sendiri jika mahu duit lebih

Cara mudah bagi anak-anak yang masih kecil, gunakan sistem upah mengikut tahap kerajinan mereka. Contohnya jika si anak rajin mendengar kata dan mengemas mainan setiap kali selepas bermain, upah mereka dengan sedikit wang saku seperti RM0.50. Ibu bapa hendaklah jelas bahawa tujuan utama sistem ini adalah untuk mendidik anak-anak berusaha untuk mendapatkan duit bukan mengajar nilai duit pada anak-anak.

Bagi anak-anak yang sudah agak dewasa sedikit, ajar mereka untuk berusaha mencari duit lebih dengan cara menjual barang-barang yang mudah. Contohnya seperti menjual gula-gula, pemadam, atau mainan. Dengan ini anak-anak akan lebih faham erti susah untuk mendapatkan wang. Disamping itu, ibu bapa dapat memupuk sikap kreatif dan keusahawanan dalam diri anak-anak.

 

5)Minta mereka buat sasaran barang yang hendak mereka beli

Lumrah bagi setiap anak kecil untuk mengidamkan mainan kegemaran mereka. Contohnya anak lelaki akan menginginkan mainan seperti kereta mainan, dan anak perempuan pula akan lebih cenderung untuk membeli mainan seperti patung Barbie atau dapur mainan. Oleh itu, ibu bapa bolehlah membantu anak-anak untuk mencapai kehendak mereka. Bagitahu jumlah duit simpanan mereka dan berapa lagi jumlah yang diperlukan untuk mereka membeli barang idaman mereka.

Dengan ini, anak-anak akan lebih berasa semangat untuk menyimpan duit dan lebih menghargai barang yang mereka dapat, memandangkan barang tersebut hasil titik peluh mereka sendiri.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

By |2017-07-21T11:20:53+00:00July 21st, 2017|Uncategorized|

Leave A Comment