MELENTUR BULUH DARI REBUNGNYA; TERIMA KASIH EMAK…DAN ABAH.
Waktu aku kecik dulu, aku selalu jeles tengok kawan-kawan sebaya aku punya kehidupan. Barang-barang mainan diorang semuanya yang baru lepas keluar iklan dalam TV punya. Aku ni, dapat la barang mainan “warisan turun-temurun” daripada abang dan kakak aku. “Thundercat”, tapi pedang dah hilang. “Ultraman” tangan sebelah je ade. Dah tak boleh nak “fire”. Asal cuti sekolah je, kawan-kawan pergi melancong luar negara, aku ni paling jauh cameron highland. Itupun kalau mak atau abah aku ade kursus. Video games semua ni jangan harap laaaa.
********
Dulu kecik-kecik time hujung minggu korang buat ape? Hmm. Aku kene main chess. Ye, main chess. Lepas sahur, tak boleh tidur, kene lawan chess dengan abg dengan kakak aku. Setiap pagi hari Sabtu, mak bawak pergi Taman DR masuk Pertandingan Chess TERBUKA. ye, TERBUKA ni maksudnya, tak kisah la umur ko 7 tahun pun ko kene lawan dengan orang umur 120 tahun ke, 40 tahun ke..ikut laa.
Tapi kitorang selamber je main dan menang. heh.
BILA DAH BESAR, baru aku tahu. Yang mengasah kemahiran berfikir ni rasanya sebab banyak main chess. Main chess ni akan asah otak merangka strategi. Ingat, hidup perlu ada perCATURan dan jangan jadi buah catur orang lain!
*********
Mak aku dulu cikgu BM yang sangat aktif bawak student dia masuk macam-macam pertandingan. Time cuti sekolah banyak la pertandingan pantun la, sajak la, teater la.
Latihan semua kat rumah aku. Tu la hiburan aku dulu. Sampai aku boleh hafal SEBIJIK cara akak tu deklamasi sajak tajuk “Generasiku”. Sampai sekarang aku ingat!
Ada sekali tu, waktu rehat pertandingan pantun kebangsaan tu, diorang buat “pantun spontan”. Dengan selambernya mak aku tolak aku yang darjah 2 ni naik pentas, berbalas pantun dengan akak-abang tu. Nak terkencing aku. Weh, ni bukan standard pantun johara pagi era tu tau! Mak aku tak suka!
Lama-lama aku (abg, kakak, adik aku semua pun) terjebak sekali seawal darjah 2 aku dah mula wakil sekolah segala mak nenek pertandingan melibatkan skill oratori ni. Bercerita Kisah AlQuran, Pidato, Sajak, semualah! 95% mesti dapat nombor satu! Wakil daerah wakil negeri semua.
Setiap kali pertandingan, mak aku akan duduk luar dewan sebab dia yang cuak lebih.
BILA DAH BESAR, baru aku tahu, sejauh mana bagusnya kita ni on-paper, tapi kalau tak dapat diluahkan dengan kata-kata, tak berani nak ditonjolkan, kita ni takde nilai langsung. Takde sape tahu. Orang pun tak konfiden dengar ko cakap gagap-gagap. Kemahiran komunikasi adalah yang paling kuat dan penting dalam hidup aku.
**********
Petang Sabtu dan Ahad pulak, mak hantar aku pergi kelas Taekwondo. Ni aku yang nak join sendiri. Senang nak pertahankan diri aku daripada abang aku. Puih!
Sampai khatam la tali pinggang taekwondo tu. Ade dua medal aku menang tournament. Ingat duit menang tu nak beli roller-blade tapi bapak aku suruh sedekah kat masjid sebab main sponsor tournament tu adalah Magnum (judi nombor ekor).
BILA DAH BESAR, baru aku tahu, taekwondo ni membentuk keyakinan diri. Aku akan berani hadap siapa je. Besar kecik tua muda semua takde hal. Black belt, merah, biru, kuning semua kene hadap. Taekwondo jugak paksa ko ikut disiplin yang sangat ketat dan stamina yang sangat tinggi.
**********
Kitorang adik beradik jugak main pancaragam sekolah. Abang, kakngah main snare drum, aku main Trio/Quad-Tom (drum yang ade 3/4 ketul tu). Pancaragam kat SKJ ni bukan cikai-cikai punya. Waktu perbarisan tu cikgu cina tu pesan HANYA JARI KAKI SAHAJA BOLEH DIGERAKKAN.
Aku pernah pitam sekali time training. THAT serious.
BILA DAH BESAR, baru aku tahu, pancaragam ni melatih skill teamwork dalam pasukan yang besar, pelbagai disiplin. Kene hormat tugas masing-masing. Disiplin nombor negatif satu (hyperbola kepada SUPERDUPER penting!)
**********
Kat asrama pulak, dah lebih kepada ikut pilihan sendiri dah. Mak abah aku tak campur sangat. Pertandingan oratori macam debat, sajak, pidato ni aku teruskan. Taekwondo stop sebab takde kat seratas. Main band dan wind orchestra sebagai Trumpetter pulak. Sukan aku pilih rugby la sebab ‘rugby is played by gentlemen’ dan lebih macho bila awek tengok aku humban-humban orang atas padang sambil berseluar pendek.
*********
Dalam hidup ni, nak jadi pekerja bernilai tinggi kepada mana-mana organisasi ke, nak jadi usahawan berjaya ke, kena ada pelbagai set of skills. Kena multi-talented sebab persaingan makin sengit dalam dunia ni. Only the best will survive. Set of skills ni perlu dibentuk dan diasah tajam bertahun lamanya, bukannya sehari sebelum pergi interview baru nak praktis bercakap, berfikir, depan cermin.
BILA AKU DAH ADE ANAK SENDIRI NI, baru aku sedar yang sebagai mak bapak, kita kene tetapkan cara hidup anak kita supaya masa depannya cerah dan berkualiti. Mula-mula “tunjuk dan paksa”. Lama-lama secara natural, minat tu akan datang dengan sendiri kat anak kita. Jangan tunggu anak yang tunjuk minat sendiri waktu kecik tu. Tu kompem terpengaruh citer upin ipin je tu.
Paling susah sekali, mak bapak yang kene komited dengan minat dan kecenderungan anak kita pulak. Banyaaakkk sangat kena korban masa, wang, tenaga. Aku pun tak tau macam mana mak aku boleh buat hampir 80% sorang2 sebab bapak aku dulu Perdana Menteri (sibuk).
*********
Azad sekarang ni berusia 1 tahun 4 bulan.
Dia dah mula ikut apa yang aku biasa buat depan dia.
Dia dah pandai olok-olok…..CAKAP TELEPON DENGAN SAPE NTAH MACAM TENGAH DEAL BISNES JUAL SUSU IBU!!
Mungkin minat Azad adalah keusahawanan.
John Lemon (Azri Zahier Azmi),
Ayah Azad
Jack Of All Trade