JANGAN TERTIPU DENGAN HARGA MINYAK BAYI YANG MURAH!

Semua sedia maklum, di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis minyak bayi dan rata-rata ibu bapa sukar untuk membuat pilihan yang tepat untuk kebaikan si manja mereka. Perlu diingatkan bahawa jika ibu bapa silap dalam membuat pilihan, ia akan membawa padah kepada si manja.

Kami di Ning Salmah sangat menitikberatkan kualiti serta kandungan di dalam Minyak Tenang Anakanda agar ianya boleh digunakan dengan selamat seawal kelahiran bayi.

Terdapat beberapa faktor yang perlu dititiberatkan dalam pemilihan minyak bayi ini. 

Tahap Kepanasan Minyak Bayi

Kebanyakan minyak bayi di pasaran mengandungi kuantiti menthol yang tinggi. Ada sesetengah bayi tidak dapat menanggung kepanasan minyak ini. Jadi ibu bapa harus lebih bijak dengan menbaca label terlebih dahulu dan pastikan tahap kandungan menthol.

 

Tahap Sejatan di Permukaan Kulit

Ramai ibu bapa beranggapan bahawa sesuatu minyak yang cepat tersejat dan tidak berminyak itu sangat bagus. Awas! Anda sebenarnya silap! Minyak bayi yang cepat tersejat dan tidak berminyak adalah disebabkan kandungan alkohol di dalamnya. Semua sedia maklum alkohol mudah  tersejat di udara. Minyak bayi yang baik adalah bila disapu di permukaan kulit, ianya akan berminyak tapi tidak melekit. Dan anda hanya perlukan dalam kuantiti yang sedikit. Alkohol sangat bahaya ke atas kulit bayi terutama bayi yang memiliki kulit sensitif.

 

Kandungan Minyak Bayi

Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang akan hal ini. Minyak Telon biasa mengandungi campuran bahan kimia. Bahan kimia ini mudah didapati di pasaran. Lantas menerangkan kenapa harga Minyak Telon tersangat murah di pasaran. Minyak bayi yang baik & berkualiti adalah di mana kandungannya diperbuat daripada herba-herba semulajadi. Untuk makluman ibu bapa, ada sesetengah herba ini sukar untuk didapati di Malaysia. Kuantitinya sangat tehad dan ianya menjamin ekslusiviti minyak bayi tersebut.

 

Latar Belakang Minyak Bayi

Kebanyakan minyak bayi di pasaran sekarang adalah produk “re-packaging” atau di buat entah di mana dan dipaket semula. Sila ambil perhatian ya ibu bapa sekalian, produk-produk ini sangat bahaya sebab kita tidak tahu di mana asal usulnya. Kebanyakan produk-produk ini tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berita baik! Minyak Tenang Anakanda keluaran syarikat kami Legasi Ning Salmah Sdn Bhd dibuat di kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) di mana minyak kami dihasilkan dengan konsisten mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT 160901188K). Resipi rahsia ini juga adalah milik tokoh herba yang terkenal di Malaysia iaitu Datin Sharifah Anisah Barakbah, penasihat Ning Salmah dan juga pengasas produk herba terkenal di Malaysia iaitu Nona Roguy.

 

Harga 

Pemilihan minyak bayi yang betul amat penting

Pemilihan minyak bayi yang betul amat penting

JANGAN TERPEDAYA DENGAN HARGA MURAH!

Minyak “T” dijual pada harga RM35.00
Minyak “Y” dijual pada harga RM8.40
Minyak “A” dijual pada harga RM39.00
Minyak Tenang Anakanda dijual pada harga RM53.00

Kalau tengok sekali imbas nampak macam Minyak Tenang Anakanda ni mahal kan? Ok takpe, let’s do the mathematics:

Harga pasaran minyak jenama “T” ialah RM35.00 untuk 50ml (atau RM7.00 untuk 10ml)

Manakala harga pasaran Minyak jenama “Y” ialah RM8.40 untuk 10ml

Dan harga pasaran minyak jenama “A” ialah RM39.00 untuk 30ml (atau RM13.00 untuk 10ml)

Kalau nak dibandingkan dgn Minyak Tenang, ianya jauh lebih menguntungkan iaitu RM53.00 untuk 100ml (atau RM5.30 SAHAJA untuk 10ml)

Untuk memudahkan perbandingan, kami jadikan 10ml sebagai ukuran:

10ml jenama “T” = RM 7.00
10ml jenama “Y” = RM 8.40
10ml jenama “A” = RM 13.00
10ml Minyak Tenang Anakanda = RM 5.30

ATAU KALAU DIKIRA IKUT 100ml, harganya …..
100ml jenama “T” = RM 70.00
100ml jenama “Y” = RM 84.00
100ml jenama “A” = RM 130.00
100ml Minyak Tenang Anakanda = RM 53.00

Dahla berbaloi, jimat postage (Kalau 3x restock dah TAMBAH LAGI RM7x3=RM21!!!! RUGIII!!)

& JIMAT duit minyak pulak tu. Jadi buatlah pilihan yang bijak 😉

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke 012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

 

By |2016-12-17T03:47:12+00:00December 17th, 2016|minyak bayi, Tip & Petua|

Leave A Comment