Dunia kanak-kanak penuh fantasi. Oleh kerana itu, segala bentuk pembelajaran bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah adalah bermain sambil belajar. Pendekatan ini membuatkan kanak-kanak tidak berasa bosan untuk mengikuti pembelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pentadbir.

Penah tak anda mendengar tentang permainan kain payung terjun warna warni atau dikenali juga sebagai parachute?

Alat bantu mengajar ini berbentuk bulat, bersaiz besar dan berwarna pelangi. Ia biasanya diperbuat daripada nilon yang ringan dan dilengkapi pemegang di hadapan kain. Ia merupakan aktiviti yang melibatkan ruang yang luas sama ada di kawasan padang atau dewan. Jika dilakukan dalam kelas, parachute ini perlu bersaiz kecil. Biasanya lebih kurang lapan hingga sepuluh orang kanak-kanak terlibat untuk melakukan aktiviti bermain parachute ini.

Alatan ini sungguh istimewa kerana ia melibatkan pergerakan secara aktif. Kanak-kanak akan mendengar arahan guru untuk melakukan gerakkan menggunakan kain parachute ini. Misalnya, guru akan menyuruh kanak-kanak mengangkat kain ke atas, ke bawah (seakan gerakan ombak) , gerakan kain dan imbangkan bola dalam kain.

Kepentingan kain payung terjun:

  • Menggalakkan kerjasama
  • Menguatkan otot badan
  • Belajar mendengar arahan
  • Menggalakkan interaksi sosial
  • Meningkatkan perkembangan bahasa

Permainan kain payung terjun ini juga boleh dimainkan seiring dengan lagu dan muzik, maka aktiviti akan lebih seronok dan semua deria kanak-kanak dirangsang seiring dengan perkembangan kanak-kanak.



Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604