IBU AYAH, PERLU KE BERIKAN ‘GADGET’ PADA ANAK ANDA?

 

Mendidik anak di zaman ini cukup berbeza. Pergilah kemana-mana pusat membeli-belah dan saksikan sendiri situasi dimana anak dan gadget berpisah tiada. Adakah anak anda juga sama seperti ini?

Ramai ibu bapa yang mengambil ringan isu ini. Atau erti kata lain nya, ibu bapa di zaman ini lebih suka kerja mudah.

“Kenapa bagi anak you mengadap gadget?”, “Oh, takpe biarkan je asalkan dia diam”.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang berpendapat dengan memberikan pendedahan tentang gadget kepada anak-anak, ia akan dapat membantu proses pendidikan dan pembesaran anak mereka. Benar kah?

 

 

Ibu ayah, tahukah anda sikap ambil mudah anda ini mampu memberikan impak negatif kepada si anak?

Jom kita semak semula apa kesan gadget pada anak-anak.

1) Masalah kesihatan

Kesian apabila melihat anak-anak zaman kini yang terpaksa menanggung kesan akibat sikap ambil mudah ibu dan ayah. Pendedahan gadget yang terlalu lama mampu menyebabkan masalah penglihatan kepada anak-anak.

Bayangkan, sejurus anak anda bangun anda terus capaikan handphone atau Ipad untuk biarkan mereka leka. Hal ini berterusan sehinggalah waktu memakaikan anak baju, sewaktu menyuapkan makan, dan sewaktu mereka bermain. Tempoh mengadap gadget dengan jarak yang terlalu dekat mampu memberi kesan kepada penglihatan mereka antarnya rabun di usia yang muda.

Selain itu, anak-anak yang kerap didedahkan dengan gadget mampu mendapat penyakit obsesiti. Kerana apa? Anak-anak ini kebiasaanya lebih kurang bergerak dan tidak aktif.

“Eh, apa masalahnya anak saya gemuk? Gemuk masa kecil kan comel. Dah besar nanti dia diet la”

Akak-akak, isu disini anak akak comel yang tidak sihat. Anak akak berpotensi untuk dapat penyakit seperti hipertensi, paras kolestrol tinggi, dan glukos dalam darah yang tinggi. Ini semua penyakit yang sinonim dengan orang yang telah dewasa. Sanggup kah akak melihat si anak menanggung semua ini diusia yang muda dan mengancam perkembangannya untuk membesar secara normal?

2) Perkembangan si anak menjadi terhad

“Alhamdulillah, anak I dah pandai baca A B C, nyanyi lagu English pun pandai. Tak sia-sia I bagi anak I tengok Ipad hari-hari”. “Tapi kenapa anak you ni pendiam dan takut dengan orang yer?”. “Oh, dia memang macam tu, pemalu.”

Persoalannya disini, benar kah si anak itu pemalu seperti yang disangka oleh ibu? Tahukah anda, anak-anak yang telah dibiasakan dengan gadget akan menjadi kurang mahir dalam bersosial termasuk lah berkomunikasi. Ini menyebabkan si anak menjadi sangat pasif dan kurang suka berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.

Secara tidak langsung, ini akan membentuk diri mereka yang mana akan mempengaruhi masa depan mereka.. Tidak peliklah jika anak-anak di zaman ini mudah berasa takut, dan gemuruh untuk mencuba sesuatu yang baru. Ketidakbiasaan si ibu dan ayah dalam mendedahkan si kecil dengan persekitaran yang baru membuatkan si anak lebih memilih berada di dalam zon selesa.

 

Akibatnya, masa depan anak terjejas kerana sikap ibu bapa yang mahukan penjagaan anak lebih mudah untuk diurus.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

Leave A Comment