FAHAMI TANGISAN BAYI

Aduh stressnya bila lihat si anak asyik menangis. Dah diberi susu, dah dimandikan, masih lagi menangis. Apa lagi lah yang tak kena. Buntu dibuatnya.

Apa yang ibu bapa perlu tahu adalah, tangisan merupakan cara untuk bayi berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Dengan tangisan, bayi menyampaikan keinginan dan keperluannya secara efektif.

Tidak hairan jika bayi menghabiskan banyak masa dengan menangis. Dalam buku Your Child’s Body Language, Dr Richard Woolfson menjelaskan, tangisan bayi mempunyai erti yang berbeza. Setiap jenis tangisan menyampaikan pesanan tertentu untuk ayah dan ibu.

Kaedah mengenali tangisan bayi mengajar ibu bapa untuk memahami tangisan bayi yang baru saja dilahirkan sehinggalah bayi berusia empat bulan. Bahasa bayi boleh dikategorikan kepada lima bunyi iaitu Neh, Owh, Eh, Eairh dan Heh. 

Neh – Ia merupakan bahasa bayi Dunstan untuk menzahirkan rasa lapar dan bahasa ini akan keluar dari mulut bayi untuk memberitahu kepada ibu yang dia lapar.

Untuk mengenali bunyi ini, bayi akan menggunakan bahasa bayi Neh dengan beberapa kombinasi suara dan gerakan lidah bayi di bahagian langit-langit mulut. Bersama bunyi, bayi akan menggerak-gerakkan kepala ke kiri dan kanan sambil menjilat bibir atau menghisap tangannya. Apabila mendengar bayi menangis seakan bunyi Neh, ibu boleh menyusukan bayi mereka.

Owh – Sekiranya bayi menangis sambil membunyikan Owh, ia adalah bahasa untuk menunjukkan rasa mengantuk. Ini diikuti tindakan bayi menguap dan pergerakan mulut berbentuk bujur. Ada juga bayi yang menggaru mata, menarik cuping telinga dan menggeliat bagi menunjukkan rasa mengantuk.

Selepas mengetahui bayi anda sedang mengantuk, maka ibu boleh menidurkan anak dengan mudah tanpa perlu melakukan perkara lain terlebih dulu.

Eh – Ini merupakan bahasa bayi yang membawa maksud bayi minta disendawakan. Bunyi ini terjadi disebabkan berlaku kontraksi pada bahagian dada untuk mengeluarkan angin menerusi mulut. Jika dibiarkan, angin akan menekan ke bawah dan menimbulkan rasa sakit.

Bagi melihat dengan jelas keadaan bayi, biasanya bayi akan menggeliat ketika dibaringkan. Dada bayi menegang dan selepas disusukan biasanya mereka akan menangis tanda tidak selesa.

Eairh – Jika tangisan bayi berpanjangan diikuti bunyi Eairh menandakan ketidakselesaan pada perut atau kembung. Ini dapat dilihat apabila semua bahagian tubuh menjadi tegang dan kaku. Ada juga bayi mengangkat kaki ke arah perut diikuti tangisan yang semakin mengeras.

Heh – Ia adalah bahasa bayi daripada Dunstan yang bererti bayi berada dalam keadaan panas, sejuk, ruam atau lampin basah. Suara Heh kedengaran sangat jelas dan bayi biasanya akan berhenti menyusu apabila berasa tidak selesa.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

Leave A Comment