EKZEMA & MASALAH KULIT PADA BAYI DAN KANAK-KANAK (PUNCA & PENCEGAHAN)

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal yang sinonim di kalangan kanak-kanak. Kebiasaanya, simptom-simptom ekzema dapat dilihat selepas bayi dilahirkan sehingga usia 2 tahun dan akan beransur pulih sehingga umur belasan tahun. Untuk makluman ibu bapa, ekzema tidak boleh dipulihkan serta merta, tetapi ianya boleh dikawal dengan rawatan dan penjagaan yang sesuai.

ezkema_masalah kulit_bayi

ezkema_masalah kulit_bayi

Kesan sampingan ekzema termasuklah kecenderungan dijangkiti asma dan demam alergi. Tanda-tanda ekzema adalah kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Tempat-tempat lazim ekzema ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Apa punca ekzema?

Mengikut kepercayaan Melayu, ekzema selalunya diwarisi melalui keturunan. Lazimnya, ibu bapa yang menghidapi penyakit kulit, alergi, asma dan ekzema akan mewariskan penyakit ini hingga ke anak cucu.

Selain itu, faktor pemakanan juga menjadi punca seorang bayi itu dijangkiti ekzema. Oleh sebab itu, banyak petua Melayu menghindar ibu yang menyusu badan untuk memakan ayam semasa pantang, sebaliknya ibu menyusu di dalam pantang dinasihatkan untuk makan ikan yang tidak menimbulkan alahan.

Ada juga yang mengaitkan ekzema dengan bahan kimia yang kita gunakan seharian seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci, pelembut fabrik dan minyak bayi yang mengandungi alkohol.

Apa rawatan ekzema?

Ekzema boleh dirawat secara luaran dan dalaman. Bagi memastikan keberkesanan rawatan, sebaiknya kedua-dua cara rawatan dilaksanakan

Rawatan Luaran:

Seeloknya, rawatan luaran dilakukan sebelum, semasa dan selepas bayi dimandikan. Sebelum mandi, sapukan seluruh badan bayi dengan Minyak Tenang Anakanda yang telah dicampu dengan 2 butir kunyit yang diasah.

Seterusnya, mandikan bayi dengan air rebusan sirih. Pastikan badan bayi dikeringkan dengan tuala dan letakkan bedak daun mambu terutamanya di tempat bermasalah.

Rawatan Dalaman:

Sebaikknya bayi yang menghidapi ekzema dinasihatkan untuk minum susu ibu sahaja. Ibu yang penyusu juga harus menitikberatkan pemakanan yang seimbang dan jauhi makanan yang boleh menyebabkan alergi seperti produk tenusu, tepung dan gula putih.

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

Menurut petua Melayu, ibu menyusu disarankan untuk minum air rebusan jintan. Ia dipercayai turun temurun untuk membersihkan darah melalui pembuangan air besar dan kecil. Secara tidak langsung, bayi yang menyusu mendapat khasiat ini daripada susu ibu.

Air rebusan jintan:
Bahan:
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil jintan hitam
1 sudu kecil madu lebah asli
1 cawan air
Cara menyediakan:
1. Satukan air, jintan putih dan jintan htam. Rebus sehingga tinggal ½ cawan
2. Biarkan suam. Tapis dan masukkan madu
3. Minum sambil berselawat. Seeloknya minum setiap hari.

Bagaimana Minyak Tenang Anakanda membantu merawat ekzema?

  • Ia diperbuat daripada 100% bahan semulajadi
  • Tiada campuran bahan kimia dan alkohol yang menjadi penyumbang utama kepada ekzema
  • Ianya tidak panas dan memberi keselesaan pada kulit bayi yang mengalami iritasi
  • Minyak cengkih di dalam Minyak Tenang Anakanda membantu menyembuhkan masalah kulit

Artikel Bimbingan dan Nasihat : Ensiklopedia Perbidanan Melayu & Datin Anisah Barakbah, Penasihat Ning Salmah dan Pengasas Nona Roguy & Babycenter

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke 012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By |2016-12-07T01:50:29+00:00December 7th, 2016|masalah kulit, Tip & Petua, Uncategorized|

Leave A Comment