Setiap Muslim yang mengikuti cara hidup Islam semestinya akan merasa kesejahteraan. Oleh sebab itulah, kanak-kanak dalam usia yang muda lagi haruslah dididik mengenai akhlak yang mulia dalam diri mereka. Ibu bapa, guru dan penjaga kanak-kanak antara yang wajar memainkan peranan dalam mendidik supaya anak-anak menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Berikut merupakan beberapa akhlak mulia secara terperinci untuk menjadi tauladan kepada si manja:

  1. Sentiasa menyimpan rahsia

Ajar anak anda menyimpan rahsia? Pelik tetapi itulah hakikatnya. Ia merupakan satu nilai yang perlu diajar kepada anak-anak dalam proses mendidik. Ini kerana dengan menyimpan rahsia secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak bersikap amanah, jujur dan boleh dipercayai seterusnya membentuk mereka menjadi Muslim yang baik akhlaknya.

 

  1. Jujur

Kanak-kanak harus dididik untuk jujur dan bertanggungjawab kepada dirinya sendiri. Kejujuran perlu diajar, dilatih dan dibiasakan. Mendidiknya sejak kecil akan menjadi pendoman dan pembelajaran berguna untuk masa hadapannya.

Namun, sebagai ibu bapa, anda juga perlu menunjukkan sikap yang sama supaya anda menjadi contoh yang baik kepada anak. Melalui kesedaran hati dan niat yang ikhlas kerana Allah SWT, tentunya sikap jujur terbentuk dalam diri secara automatik.

 

  1. Berkata benar

Pendidik seperti ibu bapa dan guru-guru perlu sentiasa berkata benar kepada anak-anak dalam usaha membentuk peribadi mulia anak. Jika ibu bapa dan guru tidak mempraktikkan nilai ini, anak-anak akan mengikut tabiat buruk tersebut seterusnya menjadi seorang yang suka berbohong dan menipu. Rasulullah SAW juga ada mengingatkan supaya ibu bapa dan guru tidak menipu anak-anak.

Bukan itu sahaja ibu bapa juga haruslah bersikap terbuka. Jangan sampai anak-anak takut untuk bersuara. Anda haruslah menjadi pendengar yang setia untuk mendengar apa sahaja luahan mereka.

 

  1. Menjaga kebersihan

Islam amat mementingkan kebersihan dan ia merupakan sebahagian daripada iman. Oleh sebab itu, semua umat Islam diwajibkan untuk menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Mengambil contoh sebelum makan, seorang kanak-kanak itu perlu membasuh tangan sebelum makan. Kaitkan dengan pengambilan air sembahyang setiap kali menunaikan solat lima waktu. Sering tekankan kepada si manja, bahawa Islam amat mementingkan kebersihan.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604