Bisphenol A (BPA) adalah unsur bahan utama bagi pembentukan botol plastik polikarbonat. Ia didunakan kerana lebih tahan lama, bewarna jernih dan tahan haba. Selain digunakan untuk membuat botol plastic, ia digunakan meluas dalam pembuatan barangan mainan kanak-kanak.

Oleh kerana BPA adalah unsur kimia yang tidak stabil, ia boleh terhurai keluar dari botol susu bayi apabila ia dipanaskan berulang kali, atau membasuh botol dengan air panas atau memakai botol yang sama pada waktu yang lama.

Ganggu Keseimbangan Hormon

Struktur BPA menyerupai hormone semula jadi estrogen. Bayang jika terlalu banyak pengumpulan sisa BPA yang menyerupai fungsi estrogen, ini akan memberikan kesan negative pada tubuh bayi, kerana menganggu keseimbangan hormon yag diperlukan bagi pertumbuhan fizikal.

BPA juga dikaitkan dengan risiko yang tinggi bagi penyakit kanser payudara, ovary dan prostat. Ia juga dikatakan menyumbang factor bagi penyakit Attention Hyperactivity Disorder(ADHD) yang menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif.

Apa Pilihan Anda?

Jadi apa pilihan yang kita ada untuk menjaga kesihatan anak kita?

  1. Susu Ibu

Cara terbaik ialah menusukan anak dengan susu ibu secara terus. Bagi ibu yang bekerja amalan menyimpan susu ibu dalam botol plastic juga mendedahkan bayi pada kesan negatif BPA.

 

  1. Guna Botol Susu Kaca

Nasihat saya jika terpaksa menyusukan bayi dengan susu formula, elakkan menggunakan botol plastic. Pilih botol susu bayi yang diperbuat daripada kaca.

 

  1. Guna Botol BPA Free

Jika terpaksa juga mencari botol plastic, pilih botol yang tidak diperbuat daripada plastic polikarbonat BPA (BPA Free). Lihat pada label “kitar semula” yang tertera di bawah botol susu. Kebanyakan plastic polikarbonat dilabelkan dengan nombor ‘7’. Tanda ‘kitar semula’ mempunyai tiga anak panah yang mengelilingi berbentuk segi tiga. Secara amnya plastic yang ditandakan dengan nombor 1,2,4,5 dan 6 tidak mengandungi BPA. Manakala yang ditandakan dengan nombor 3 dan 7 mengandungi BPA.

 

  1. Basuh Guna Air Paip Yang Mengalir

Apabila menggunakan botol susu plastic, cuna elakkan daripada membasuh botol menggunakan air panas atau sabun berulang kali. Cukup dengan membasuh menggunakan air paip yang mengalir.

 

  1. Guna Bekas Kaca Dan Aluminium

Wanita yang hamil seharusnya mengurangkan makanan yang telah ditinkan, meminum air dari botol plastic, dan memakan makanan yang dibuat dalam bekas plastic. Bekas kaca dan aluminium adalah yang paling selamat.


0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty