Anak anda gemar memukul, menendang, merosakkan barang dan tidak duduk diam? Jika ya, kemungkinan anak anda tergolong dalam kumpulan anak yang hiperaktif.

Kenali sebahagian ciri-ciri anak hiperaktif untuk anda lebih menyelami ‘dunianya’ supaya anda dapat mengawal tingkah lakunya dengan betul.

Ciri-ciri anak hiperaktif

  • Tidak Fokus

Tidak boleh fokus lebih daripada lima minit. Misalnya, ketika anak anda sedang bermain dengan kereta mainan, kemudian datang rakan sebayanya membawa bola, anak hiperaktif terus mengubah fokus perhatiannya ke bola tersebut.

 

  • Membantah

Memiliki sikap membantah atau tidak mahu dinasihati. Misalnya, akan marah dan memberontak jika anda melarangnya berlari ke sana ke mari, naik turun tangga tanpa henti. Biarpun diberi nasihat, tetap tidak menerimanya.

 

  • Perosak

Tingkah laku anak hiperaktif bersifat perosak. Misalnya kanak-kanak yang normal bermain lego akan menyelesaikaanya dengan baik sehingga lego tersebut tersusun rapi. Sebaliknya anak hiperaktif bukan menyelesaikannya malah menghancurkan mainan lego yang sudah tersusun rapi. Kecenderungan untuk menghancurkan barang-barang yang ada di rumah seperti pasu dan barang-barang kaca lain juga besar.

 

  • Tidak kenal erti letih

Anak yang hiperaktif tidak menunjukkan sikap keletihan. Sepanjang hari akan selalu bergerak ke sana ke sini seperti melompat, berlari, berguling dan sebagainya. Tanpa hala tujuan. Jika anak yang normal aktif, ketika naik di atas kerusi akan mempunyai punya tujuan seperti ingin mengambil mainan atau bermain seperti superman. Anak hiperaktif melakukannya tanpa tujuan. Dia hanya naik dan akan turun daripada kerusi tanpa ada hala tuju.

 

Daripada segi perubatn, hiperaktif juga dikenali sebagai mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan. Bagi mengatasi anak seperti ini memerlukan kesabaran. Jika dibiarkan berterusan, anda pula akan menjadi mangsa sasarannya. Untuk mengetahui aktiviti yang sesuai untuk si manja hiperaktif nantikan artikel esok!


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty