Pernahkah ibu bapa terfikir kenapa anak-anak sering menghidap batuk dan selsema, terutamanya apabila menjelang musim hujan ini?

Adakah kita sebagai penjaga mereka sudah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan masalah ini berlaku berulang kali?

Memang tidak dinafikan, sebagai ibu bapa muda, banyak perkara yang perlu dipelajari dalam bidang penjagaan anak ini. Oleh itu, kami sediakan ‘Checklist’ untuk anda mengelakkan gejala batuk dan selsema ini daripada melarat.

Adakah anda menjaga pemakanan harian anak anda?

Bagi mengelakkan batuk dan selsema, makanan dan minuman harus dipantau setiap hari. Elakkan makan makanan yang sejuk seperti aiskrim atau apa-apa juadah yang sejuk. Ini bagi mengelakkan iritasi pada bahagian kerongkong anak dan menyebabkan batuk yang berpanjangan. Makanan yang sejuk juga boleh menyebabkan selsema yang melarat.

Adakah anak anda mempunyai rehat yang mencukupi?

Semasa anak tidak sihat, kita harus memastikan yang mereka mendapat rehat yang secukupnya. Ini memberi masa untuk proses penyembuhan anak berjalan dengan lebih senang. Dengan berehat di rumah juga boleh memastikan virus tidak tersebar kepada orang lain.

Adakah rumah anda bersih dari habuk atau hama?

Anak yang sentiasa selsema barangkali ada alahan terhadap habuk atau hama. Kebersihan rumah harus dijaga,terutama sekali di sekitar kawasan yang mereka bermain dan tidur. Tingkap rumah dibiarkan terbuka pada siang hari untuk memastikan peraliran udara yang baik diseluruh kawasan rumah.

Bagi ibu yang menyusu badan, adakah anda menjaga pemakanan seharian?

Checklist ini bukan untuk penjagaan anak semata-mata, ibu yang menyusu badan juga harus menitikberatkan pemakan seharian mereka. Makanan yang sejuk dan berangin harus dielakkan. Lebihkan kepada bahan-bahan panas seperti sup ayam atau masakan dengan bawang putih & lada hitam bagi menghasilkan susu yang boleh membantu mengurangkan anak batuk dan selsema.

Adakah pemakaian dan penjagaan harian anak dititikberatkan?

Seelok-eloknya, anak yang masih kecil dijaga supaya tidak berasa terlalu sejuk atau terlalu panas. Bab pemakaian dan penjagaan harian anak sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan anak anda. Contohnya, selepas mandi, pastikan kepala dan ubun-ubun anak dikeringkan bagi mengelakkan hidungnya mudah berhingus. Urutan bayi juga merupakan salah satu cara yang harus diamalkan bagi mengelakkan anak sering selsema dan batu. Pakaikan anak baju yang ringan dan nipis sewaktu cuaca panas, dan baju tebal dan panjang semasa cuaca sentiasa hujan atau sejuk.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke 012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604