TIPS MEMBELI BARANG BAYI

Anda bakal menimang cahaya mata? Runsing tatkala memikirkan kos-kos yang terpaksa dikeluarkan sebagai persediaan bagi menyambut kelahiran baru. Ikuti langkah mudah ini untuk kurangkan beban kewangan sekali gus membantu anda dan pasangan berjimat!

 

1)Mula menabung

Waktu terbaik untuk mula menabung adalah sewaktu si isteri disahkan mengandung. Pastikan setiap bulan anda memperuntukkan sebahagian duit untuk persiapan bayi yang bakal lahir. Seeloknya suami dan isteri hendaklah bersama-sama dalam melaksanakan hal ini. (jika kedua-duanya bekerja)

2)Buat senarai

Isteri sememangnya lebih arif dalam hal yang berkaitan dengan keperluan bayi, jadi seeloknya si isteri membuat senarai barang yang harus dibeli terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran ketika berbelanja seperti membeli barang yang tidak perlu atau membeli pada kuantiti yang berlebihan.

Apatah lagi jika menyambut anak pertama, tentu anda terpinga-pinga apa yang hendak dibeli tatkala melihat barangan bayi yang terlalu banyak. Utamakan barangan penting dan perlu terlebih dahulu dalam senarai tersebut, kemudian baru tambah barangan kurang perlu jika ada bajet berlebihan.

3)Beli di jualan gudang atau ekspo

Jika anda ingin merasai potongan harga sehingga 90%, rajin-rajin lah pergi ke jualan gudang atau ekspo bayi. Disana anda akan mendapat lebih banyak pilihan barangan yang berjenama pada harga yang lebih rendah. Pastikan anda mencatat tarikh jualan tersebut agar mudah untuk anda merancang jadual membeli-belah mengikut usia kehamilan anda.

4)Beli secara berperingkat

Pembelian secara berperingkat dapat membantu anda untuk mengawal perbelanjaan disamping menjimatkan masa dan mengelakkan anda daripada keletihan. Maklumlah, dengan keadaan perut yang semakin membesar pastinya anda mudah untuk berasa tidak selesa.

Anda boleh mulakan pembelian barangan asas dan penting pada trimester kedua (enam bulan) kandungan.Biasanya ketika ini, anda sudah tahu jantina anak yang dikandung ketika membuat ujian imbasan. Jadi, mudahlah anda membuat pilihan barangan.

5)Rajin-rajinlah membaca testimoni produk

Di zaman yang serba moden ini, bakal ibu seharusnya lebih bijak dalam memanfaatkan kelebihan yang ada. Gunakan Fb, Instagram atau apa-apa saja medium yang bersesuaian untuk membaca testimoni ibu-ibu yang mempunyai pengalaman bersama produk bayi. Contoh produk seperti stroller, breast pump dan produk penjagaan bayi seperti minyak angin, bedak bayi, dan banyak lagi.

Dengan cara ini, pilihan barangan yang anda beli lebih sesuai dan berbaloi memandangkan anda mempunyai ilmu tentang produk tersebut sewaktu membeli.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

Leave A Comment