Cara Mengurangkan Kembung Perut Bayi

cover

Ibu bapa yang baru mendapat anak sentiasa risau dan runsing apabila anak mereka menangis berpanjangan dan susah untuk dipujuk.

Mesti kita tertanya-tanya bagaimana nak mengurangkan masalah ini. Pertama sekali, kita harus mengenal pasti punca bayi meragam tidak henti.

Kemungkinan besar masalah ini merupakan ‘penyakit’ yang tidak dapat oleh mata kasar, iaitu masalah angin atau kembung perut.

Bagaimana untuk mengurangkan perkara ini berlaku? Ikuti tips berikut untuk membantu mengurangkan masalah kembung perut bayi.

  • Pemilihan botol susu yang sesuai

Pemilihan botol susu dan puting yang sesuai adalah amat penting untuk mengurangkan kembung perut bayi.Ruang kosong atau udara di dalam puting dan botol bayi boleh menyebabkan angin berlebihan di dalam badan bayi. Oleh itu, pilihlah botol yang bersesuaian dengan peringkat umur bayi bagi mengelakkan bayi menelan udara yang banyak ketika penyusuan.

  • Teknik penyusuan badan yang betul

Untuk mengurangkan kembung perut bayi, teknik penyusuan badan haruslah betul. Anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul agar mengelakkan bayi menyusu sambil menelan ‘angin’.Posisi dan teknik betul juga membantu ibu dan bayi berasa selesa. Sila rujuk kepada Pakar Laktasi untuk mendapatkan bimbingan bagi proses penyusuan badan.

  • Sendawakan bayi selepas penyusuan

Selepas setiap penyusuan, pastikan anda gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi.Ini amat penting bagi membantu bayi ‘buang’ angin yang terperangkap itu. Menjadi perkara biasa jika bayi ada mengeluarkan susu berlebihan atau ‘muak’ susu. Ini juga salah satu cara angin keluar dari badan bayi.Barulah bayi berasa selesa dan kurang meragam!

  • Penjagaan makanan untuk ibu yang menyusu badan

Bagi ibu yang menyusu badan, penjagaan makanan amatlah penting kerana apa yang ibu makan boleh memberi efek kepada bayi juga!
Elakkan makanan & minuman yang boleh menyebabkan angin seperti brokoli,kentang,keledek, kacang, minuman bergas dan minuman berkafein.
Jika ibu menjaga pemakanan, bayi pun tidak kembung perut dan merasa tenang serta selesa sentiasa.

  • Melakukan urutan badan untuk bayi

Amalan urutan bayi adalah amat digalakkan bagi mengelakkan bayi selalu kembung perut.Minyak bayi yang digunakan haruslah bersifat tidak panas dan memberi manfaat yang banyak kepada bayi.Minyak Tenang Anakanda dirumus khas sebagai minyak urutan bayi yang SANGAT BERKESAN bagi mengelakkan kembung perut bayi!Amalkan urutan bayi sekurang-kurangnya sekali sehari selepas mandian.


InsyaAllah dengan tips yang diberikan, sama-sama kita berusaha untuk memastikan bayi kita sentiasa ceria dan tenang!

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke  012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

 

By |2016-12-06T02:23:02+00:00December 6th, 2016|Tip & Petua|

Leave A Comment