CARA MENDIDIK ANAK SUPAYA MUDAH MENDENGAR ARAHAN.

Mendidik anak-anak supaya mudah mendengar kata bukan lah perkara yang mudah. Jika tersilap caranya, anak-anak akan mengabaikan setiap arahan yang diterima. Kesannya, ibu bapa akan lebih mudah berasa geram dengan anak-anak.

Bagaimana untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku?

 

Memberi arahan kepada kanak-kanak merupakan satu bentuk komunikasi dan memerlukan kepakaran dan cara yang betul agar komunikasi tersebut mampu diterima dan difahami oleh si kecil. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh ibu bapa tatkala ingin bercakap dengan anak-anak.

1)DAPATKAN PERHATIAN

Sebelum memberi arahan, pastikan anda mendapat perhatian daripada anak-anak terlebih dahulu. Kurangkan gangguan daripada persekitaran. Jika mereka sedang bermain, minta mereka berhenti bermain untuk seketika. Elakkan memberi arahan disaat mereka sedang menonton televisyen. Lebih baik sekiranya anda duduk berhadapan dengan mereka, memandang terus ke mata mereka sambil memegang bahu agar mereka mampu fokus pada arahan anda.

Sebut namanya dan beri arahan dengan nada yang lembut dan bukan memerintah!

“Liya, ibu nak Liya kemas balik mainan setiap kali lepas main.”

 

2) BERTERUS TERANG DALAM SETIAP ARAHAN

Elakkan untuk berkias dengan anak-anak. Buat ayat pernyataan dan bukannya ayat pertanyaan. Contohnya seperti, “tolong kemas” dan bukannya “Kenapa biarkan mainan ini bersepah?”. Pastikan juga untuk menggunakan ayat “Do’s” bukan “Don’ts” agar mudah difahami anak-anak. Sentiasa bercakap  dalam bentuk memberitahu anak-anak apa yang patut dibuat bukan apa yang tidak patut dibuat.

 

3)BERADA DEKAT APABILA MEMBERI ARAHAN

Tatkala memberi arahan pada anak-anak pastikan kita berada dalam jarak yang dekat. Jangan biasakan untuk bercakap dalam jarak yang jauh kerana anda akan lebih cenderung untuk meninggikan suara. Secara tidak langsung, anak-anak akan menganggap menjerit atau bercakap dengan nada yang tinggi adalah perkara yang dibolehkan.

 

4)SATU ARAHAN PADA SATU-SATU MASA

Anak-anak memerlukan masa untuk memproses maklumat yang diberi kepadanya. Maklumat yang mudah akan membantu anak memproses dan memahaminya. Misal jika arahan tersebut meminta anak makan dan kemudian meletakkan pinggan dalam sink, berilah arahan seperti berikut

“ Adik, makan nasi tu” Biar dia selesaikan dulu tugasan yang pertama sebelum memberi arahan yang seterusnya seperti “Adik letak pinggan dalam sink ya”.

Bukannya “adik, makan nasi tu kemudian angkat pinggan dan letak dalam sink dan kemudian bersih meja tempat makan tu”. Kemampuan minda kanak-kanak memproses pelbagai maklumat secara serentak sangat terhad.

 

5)BERIKAN PUJIAN

Ibu bapa hendaklah biasakan diri untuk memberikan pujian pada si anak jika mereka patuh pada arahan yang diberikan. Contohnya seperti, “Pandai nya anak ibu kemas mainan, terima kasih.” Dengan ini, anak-anak akan lebih mudah untuk mendengar kata di masa akan datang.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

By |2017-07-19T04:47:16+00:00July 19th, 2017|Latest Articles, parenting, senarai semak, Tip & Petua|

Leave A Comment