Kaum wanita tidak dapat lari dari rasa kesakitan atau kekejangan yang terjadi pada setiap bulan. Ada juga sesetengah wanita yang mengalami sakit segugut yang serius seperti sakit pinggang, sakit kepala, rasa loya dan muntah-muntah.
Menurut kajian 10 hingga 20 peratus wanita menghadapi segugut sewaktu dalam peringkat subur. Namun, jangan dipandang remeh jika anda mengalami sakit segugut yang teruk ini.
- Tuaman Panas
Cara paling mudah dan berkesan untuk meredakan sakit segugut ialah dengan tuaman panas disekitar bahagian perut, pinggang ataupun punggung.Melalui tuaman panas ini, ia dapat melegakan kesakitan disebabkan otot-otot yang sedang berkontraksi.
Tuaman panas boleh dilakukan dimana-mana sama ada di rumah mahupun di pejabat. Sebelum melakukan tuaman, disyorkan menyapu Minyak Tenang Anakanda pada seluruh bahagian perut,ari-ari dan belakang.
2. Air Suam
Mengamalkan meminum air suam ketika datang haid dapat memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang. Malah dari kesihatan juga, mengamalkan air suam dapat membantu membuang toksin di dalam badan dan melancarkan peredaran darah.
3. Pil Tahan Sakit
Pil tahan sakit seperti paracetamol mudah didapati di pasaran. Menurut doktor, ubat-ubat tahan sakit seperti ini tidak memudaratkan kesihatan asalkan dengan pengambilan dos yang tidak berlebihan.
4. Pengambilan Herba
Pil seperti paracetamol sememangnya mudah didapati tetapi pengambilan herba adalah lebih baik untuk kesihatan. Mengikut petua orang lama, halia merupakan sejenis tumbuhan yang paling mujarab bagi mengubati sakit seperti segugut. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia atau air rebusan halia.
5. Pengunaan ‘cloth pad’ atau ‘organic pad’
Percaya atau tidak pengunaan tuala wanita juga merupakan salah satu sebab sakit segugut ini. Sesetengah wanita amat sensitif terhadap bahan kimia yang terkandung dalam tuala wanita ini. ‘Cloth pad’ atau tuala wanita ini dapat mengurangkan pendedahan alat sulit wanita terhadap bahan kimia malah penggunaannya amat menjimatkan.
6. Makanan yang sihat
Ketika tempoh kedatangan haid, pantang dari degi makanan perlu dititikberatkan. Contohnya, elakkan makanan berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein dan snek yang tidak berkhasiat.
7. Aktifkan Diri
Berkurung di dalam bilik kerana menahan sakit akan mencenderungkan anda untuk beremosi dan berfikir negatif. Stres ini akan memburukkan keadaan akibat penghasilan hormon yang tidak seimbang. Oleh itu, cubalah untuk menyibukkan diri seperti membuat kerja-kerja rumah, bersosial dengan rakan-rakan, beriadah atau melakukan senaman ringan di taman. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan dan menghasilkan endorfin yang dapat mengurangkan kesakitan segugut ini.
Walaubagaimanapun, segugut yang teruk mungkin petanda penyakit lain yang lebih serius. Jadi, jangan ambil ringan mengenai penyakit ini dan dapatkan kepastian doktor sekiranya anda terpaksa melalui detik-detik sukar setiap bulan.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604