Sebagai seorang ibu, tentu sahaja anda berasa geram dengan tabiat buruk anak dan terfikir bagaimanakah cara terbaik hendak menghentikan perbuatan tersebut. Bimbang jika tidak dihentikan, tabiat tersebut berlarutan sehingga mereka dewasa.

Mengenal pasti punca adalah langkah awal yang mesti dilakukan oleh anda apabila hendak mengatasi tabiat buruk si anak. Sebenarnya mengikut faktor psikologi, kanak-kanak yang gemar menggigit kuku mempunyai alasan tertentu mengapa mereka melakukan tabiat tersebut.

Ibu dan ayah perlu memahami kebiasaan anak yang suka menggigit kuku. Jika anda tidak pernah melalui pengalaman tersebut ketika kecil mungkin sukar bagi anda memahaminya dan kemungkinan anda cepat naik angin apabila anak terus melakukan perbuatan tersebut.

Antara punca anak gemar menggigit kuku adalah perasaan mereka yang kebosanan, kecemasan, marah dan tertekan. Anda boleh perhatikan gelagat anak apabila mereka mula menggigit kukunya. Cuba ingat kembali apa yang berlaku kepadanya sehingga membuatkan dia menggigit kukunya. Jarang sekali kanak-kanak menggigit kuku tanpa alasan yang jelas.

Berhenti gigit
Tindakan awal yang anda lakukan sebaik melihat si kecil menggigit kuku adalah melarang perbuatan tersebut. Tidak salah membuat tindakan itu tetapi menghukum atau memarah anak hanya akan membuatkan dia semakin ingin menggigit kukunya. Sebaiknya anda analisis apa yang menjadi penyebab dia menggigit kuku.

Jika anda tidak dapat menemukan jawaban, cuba jelaskan kepada anak dengan bahasa yang mudah supaya dia faham bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan boleh membahayakannya. Jangan sekali-kali berbohong mengenai hal ini . Anda juga boleh membuat langkah berikut apabila anak memulakan tabiat menggigit kukunya.

Berikan peringatan. Jika dia mula menggigit kuku beri peringatan dengan memegang tangannya atau cara lain yang dapat menunjukkan anda melihat perbuatan tersebut. Bagaimanapun jangan sampai membuatnya berasa malu kerana teguran itu.

Berikan sesuatu untuk dipegang. Kadang kala untuk mengalihkan perhatian anak daripada melakukan perbuatan yang buruk, anda perlu memberikannya sebuah mainan atau objek lain.

Potong kuku secara teratur. Sentiasa pastikan kuku anak anda bersih dan kemas agar terhindar daripada kotoran di celah kukunya.

Tutup kukunya. Bagi kes yang semakin kronik, tindakan menutup kukunya menggunakan plaster atau penutup lain boleh dilakukan. Mungkin anda boleh memakaikan inai semula jadi pada kuku anak perempuan supaya dia merasa sayang untuk menggigitnya.

Berikan rasa tidak sedap. Mungkin anda juga boleh mencalitkan perasa pada kuku anak anda. Bagaimanapun pastikan perasa tersebut tidak berbahaya seperti beracun, melukakan kulit, mata dan tidak selamat jika termakan.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604