Seringkali bila nampak anak itu nakal kelakuannya, orang akan kata, “Ini mesti mak bapak siapa tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak ni, besar nanti mesti lagi jahat.” Agak kasar bunyinya kan? Bagaimana pula jika anak itu anak kita sendiri tentu sedih bukan. Kadang-kadang bukan ibu bapa tidak ajar anak, Cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya datang hampir pada anak itu dan beri nasihat.

Berikut merupakan panduan mendidik anak, termaksuk memukul anak mengikut cara Islam:

  1. Elakkan pukul anak dari bahagian lutut ke atas

Kawal diri dan emosi anda sebagai ibu bapa. Elakkan pukul anak dari lutut ke atas. Kalau terlampau marah sangat, pukul sahaja tapak kaki anak.

  1. Elakkan guna tangan atau anggota tubuh yang lain untuk memukul anak

Yang lebih utama, walaupun kita pernah mengalami perkara ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.

Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan reflekslogi dan merangsang ke bahagian otak.

  1. Ajar anak solat

Sabda Rasulullah s.a.w.

“ Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka.” (H.R. Ahmad & Abu Daud)

Hadith di atas sebenarnya ditujukan kepada para wali. Tujuannya untuk membiasakan anak-anak mendirikan solat sebelum mereka baligh lagi. Apabila telah dibiasakan sejak kecil, tidaklah menjadi berat baginya untuk melakukannya sesudah ia besar.

  1. Nama panggilan yang baik

Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.

  1. Elakkan mengeluh

Elakkan mengeluh kerana anak tapi ucapkanlah ‘astaghfirullah’. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604