CARA-CARA MEMBANTU BAKAL MAMA UNTUK TIDUR LENA

Alaa, mengantuknya! Malam semalam bakal mama tidak dapat tidur dengan lena. Asyik ke tandas, pedih ulu hati dan rasa tidak selesa apabila perut makin membesar terutamanya apabila menghampiri tarikh jakaan bersalin.

Apa yang perlu mama-to-be lakukan?

  1. Elakkan tidur siang supaya anda senang melelapkan mata pada waktu malam.
  1. Cuba masuk tidur lebih awal dari biasadan elakkan tidur melebihi waktu kebiasaan.
  1. Pastikan anda terhidrat untuk mengelakkan kekejangan otot.
  1. Berhenti mengambil cecair beberapa jam sebelum tidur untuk mengurangkan kekerapan ketika waktu tidur.
  1. Senaman secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu membantu anda nyenyak pada malam hari. Senaman ringan seperti pilates, berjalan kaki berenang selama 30 minit sehari akan meningkatkan aliran oksigen yang membuatkan anda tenang dan mudah tidur.
  1. Jauhkan gajet seperti tablet, TV atau telefon pintar daripada anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur kerana ia boleh melambatkan penghasilan melatonin yang membantu anda tidur.
  1. Tidur dalam posisi mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan. Anda tidak digalakkan untuk tidur terlentang semasa hamil, tentunya tidak selesa dan menyebabkan sakit belakang. Ia juga tidak digalakkan kerana boleh menekan vena kava yang menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi di dalam kandungan.
  1. Bagi ibu hamil, anda perlukan banyak bantal untuk memberikan sokongan pada bahagian belakang dan perut. Bantal kehamilan berbentuk ‘C’ adalah opsyen yang terbaik.
  1. Suhu badan yang tinggi menyebabkan anda mudah berpeluh dan panas. Pastikan bilik tidur mempunyai sistem pengudaraan yang baik seperti membuka tingkap atau kipas angin.
  1. Elakkan mengambil makanan yang pedas semasa makan malam kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By |2017-03-23T04:47:59+00:00March 23rd, 2017|kehamilan|

Leave A Comment