BEKERJA DARI RUMAH. BERBALOI ATAU TIDAK?

Sudah menjadi trend di zaman ini, para isteri memilih untuk bekerja secara sampingan dari rumah. Apa yang lebih mengejutkan tatkala mereka ini mampu menjana pendapatan kadang kala lebih daripada orang yang bekerja di pejabat. Gaji sebulan mencecah 4-5 angka! Ini semua bergantung kepada kreativiti mereka dalam mempromosikan barang di laman sosial.

Bukan cari ‘downline’ untuk MLM yer.

 

 

Berniaga secara ‘online’ di rumah tidak memerlukan anda untuk mempunyai produk sendiri. Anda juga boleh menjadi stokis dan dropship kepada mana-mana produk yang anda suka. Dengan bermodalkan handphone/laptop dan juga internet, anda kini boleh berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.

 

APA KELEBIHAN BEKERJA DARI RUMAH?

 

1)Mempunyai jadual kerja yang fleksibel

Bayangkan setiap hari anda boleh tentukan sendiri waktu bekerja anda. Tidak perlu untuk bergegas bersiap setiap pagi. Tidak perlu menghadap kesesakan lalu lintas. Anda boleh bekerja di mana-mana saja ruang di dalam rumah sambil memakai kain batik dan t-shirt biasa. Mudahkan?

 

2)Mempunyai masa yang lebih untuk keluarga.

Dilema para ibu hari ini adalah tatkala mereka terpaksa memilih untuk bekerja bagi menampung perbelanjaan harian yang kian meningkat dan membiarkan anak dalam jagaan orang lain. Dengan bekerja dari rumah, masa anda kini lebih banyak untuk keluarga. Sambil bekerja anda dapat melakukan kerja-kerja rumah, menjaga anak, dan melayan suami dengan emosi yang lebih stabil.

Saat suami dan anak-anak pulang ke rumah, anda mampu menyambut mereka dengan baik. Secara tidak langsung hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

 

3)Anda menentukan gaji anda sendiri.

Menariknya apabila anda mampu ‘buat duit’ dengan hanya bersantai-santai di atas sofa. Anda tidak perlu mencapai apa-apa KPI  dan tidak perlu mengikut arahan dari mana-mana pihak. Anda hanya perlu bekerja dengan cara anda sendiri. Usaha dan kerajinan anda yang akan menentukan gaji bulanan anda. Jadi tidak peliklah sekiranya ada surirumah yang mampu melawan gaji suami dengan hanya bekerja dari rumah.

 

Walaupun tanggungjawab sebenar mencari nafkah adalah kepada suami namun lebih baik jika si isteri dapat membantu meringankan beban. Nak membeli beg tangan PRADA, GUCCI, tidak perlu lagi menunggu suami dapat bonus bulanan! Tanggungjawab anda sebagai seorang isteri juga tidak terabai apabila anda memilih untuk bekerja dari rumah.

 

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

 

 

By |2017-07-18T04:22:59+00:00July 18th, 2017|Latest Articles, parenting, senarai semak, Uncategorized|

Leave A Comment