BAYI TERSEDAK – PUNCA DAN CARA MENGATASINYA.

Bayi tersedak boleh mengakibatkan kematian.

Masih ramai ibubapa dan penjaga yang kurang tahu tentang bahaya bayi tersedak. Ada sesetengah pihak memandang mudah perkara ini. Melihat si kecil tersedak atau batuk-batuk yang berpanjangan dianggap satu perkara yang biasa. Jika hal ini berlarutan ia mampu merisikokan nyawa si kecil.

 

 

Bayi yang tersedak bukanlah suatu isu yang biasa. Ibubapa atau pengasuh seharusnya mengambil initiatif untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku atau setidaknya mempersiapkan diri dengan cara merawat si kecil jika perkara itu berlaku.

 

Penyebab Bayi Tersedak Yang Harus Diketahui

 

1.Berpunca daripada Air Liur Ketika Tidur

Air liur seringkali menyebabkan bayi terbatuk-batuk ketika tidur. Hal ini disebabkan si kecil terlalu banyak minum sebelum tidur. Sebaiknya para Ibu janganlah terlalu menyusui bayi kerana ia akan menyebabkan si kecil tersedak ketika tidur. Berilah minum secukupnya sahaja agar si kecil mampu tidur dengan nyenyak dan terhindar dari tersedak.

2. Salah Posisi Ketika Menyusukan Bayi

Bagi para Ibu, sebaiknya jangan menyusu sambil tidur kerana ia akan membuat air susu tidak lancar ketika dicerna oleh bayi. Posisi yang baik ketika menyusu adalah dalam keadaan duduk dan bayi pula dipangku. Tentu saja posisi seperti ini sangat baik kerana air susu yang masuk ke tubuh bayi lebih lancar. Posisi yang salah ketika menyusu bukan hanya menjadi penyebab bayi tersedak tetapi juga sesak nafas.

3. Minum Susu Sebelum Tidur

Setiap anak memiliki kondisi tubuh yang berbeza-beza. Memberikan susu sebelum tidur sebenarnya tidak terlalu digalakkan. Namun begitu sesetengah ibu lebih suka memberikan susu pada bayi sebelum tidur untuk menghindari dari bayi kelaparan di waktu malam. Tapi pemberian susu sebelum tidur seringkali membuat bayi terbatuk-batuk kerana terlalu kenyang. Jika memberikan susu pada bayi di malam hari, usahakan untuk ada jarak dan bukan membiarkan anak terus tidur.

4. Bayi Yang Jarang Sendawa

Walaupun kuantiti makan bayi tidak terlalu banyak namun tidak bermakna ia tidak mampu sendawa. Jangan terlalu banyak memberikan makan kepada bayi. Bayi yang sudah mampu makan, seringkali membuat para Ibu lebih kerap memberikan makanan. Hal ini mampu menjadi punca bayi tersedak. Memberi makanan pada bayi memang tidak ada salahnya, tapi usahakan untuk memberi jarak antara tempoh makan supaya penghadamannya lebih lancar.

 

Cara Mengatasi Bayi Tersedak

 

1.Dengan Menengkurapkan Bayi

Dengan menengkurapkan atau memposisikan kepala bayi lebih rendah dari badannnya, ia akan membuatkan bayi lebih mudah dalam menghentikan sedakan yang dialaminya. Lakukan dengan perlahan-lahan dan hati-hati dan ulang sehingga bayi kembali berasa selesa.

2.Menepuk Bahagian Punggung Bayi

Caranya sangat mudah, iaitu dengan menengkurapkan bayi dan menyangga bahagian dada, setelah itu berikan tepukan secara hati-hati pada bahagian punggung bayi. Dengan cara ini ia akan membuat sedakan yang dialami bayi lebih cepat hilang. Setelah bayi berhenti dari sedakan, kemudian balikkan ke posisi biasa dan berilah minum.

3. Memberi Tekanan Pada Perut Bayi

Berikan takanan secara hati-hati agar tidak menyakiti bayi. Dengan cara ini, sedakan yang dialami oleh bayi lebih cepat hilang. memijat perut bayi juga seeloknya dengan menggunakan minyak telon agar bayi merasa lebih selesa.

 

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

 

 

Leave A Comment