Sendawa penting untuk mengelak perut bayi kembung atau dikenali juga sebagai kolik. Kembung perut berlaku disebabkan sejumlah kecil udara akan masuk dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis. Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkan bayi berasa tidak selesa.

Lazimnya bayi akan menangis apabila mengalami kolik. Menangis adalah cara untuk mengeluarkan udara perut. Jadi jangan terlalu panik apabila bayi menangis. Ketika ini anda perlu banyak bersabar! Jangan tertekan apabila bayi menangis tanpa henti. Cuba redakan tangisan bayi. Dukung bayi anda. Dekatkan dengan dada dan peluk dirinya. Bayi akan rasa selamat seakan berada dalam rahim.

Untuk redakan tangisan bayi yang mengalami kolik, mengambil masa anggaran lima hingga 20 minit, namun ia bergantung kepada bayi itu. Biasanya bayi kolik akan tertidur keletihan  dalam dakapan setelah menangis dalam tempoh yang lama.

Bahaya jika membiarkan bayi menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur. Malah, anda juga akan keletihan setelah berjaga malam untuk meredakan tangisan anak.

Untuk menangani masalah anak kolik ini, anda juga boleh menyapu Minyak Tenang Anakanda di bahagian perut dan belakang bayi. Kandungan herba MTA dapat mengurangkan masalah bayi anda.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty