BAHAYA JADI ‘OVERPROTECTIVE’ PADA ANAK.

Balik kampung, anak menangis tak dapat tidur terus bawa anak masuk dalam kereta pasang ‘aircond’ dan tidurkan anak dalam kereta. Orang lain nak pegang anak tak diberi sebab bimbang terjangkit kuman.

Senario ini kerap dilihat terutama ibu bapa yang baru saja menimang cahaya mata.

Bagus ke sifat ‘overprotective’ mak ayah ni?

 

Kesan ‘overprotective’ pada anak

 

1)Anak tidak memiliki kepercayaan diri

Kepercayaan diri sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Dengan memiliki kepercayaan diri, anak-anak akan lebih berasa yakin untuk mencuba sesuatu yang baru dan secara tidak langsung menjadikan mereka lebih berani. Jika ibu bapa mendidik anak dengan cara yang sangat ‘protective’, mereka akan lebih mudah hilang keyakinan pada diri sendiri. Kesannya anak-anak akan lebih memilih untuk hidup dalam zon yang selesa sehinggalah mereka besar. Pastinya tiada kejayaan besar yang mampu mereka capai dalam hidup jika mereka mempunyai sikap seperti ini.

2)Anak menjadi terlalu manja

Anak kecil dengan sifat yang manja memang kelihatan comel, namun jika ia berlebihan sehingga setiap kali makan hendak disuap, tak dapat sesuatu terus berteriak, ia pasti merimaskan. Hal ini lebih teruk jika perangai terlalu manja mereka terbawa-bawa sehingga ke dewasa. Sifat manja yang berlebihan boleh dianggap mengada-ngada. Ini akan membuatkan orang keliling kurang selesa dengan perangai mengada-ngada tak kena tempat.

3)Anak mudah mengalah

Sifat ibu dan ayah yang terlalu ‘overprotective’ mampu membuatkan si anak menjadi mudah mengalah. Disamping itu, anak-anak ini akan mendapat satu ‘mindset’ bahawa setiap masalah harus diselesaikan oleh ibu bapa mereka. Sifat ini akan menjadikan mereka kurang matang kerana mereka tidak belajar dari masalah dan juga kesilapan sendiri.

4)Kurang pandai bergaul

Anak-anak yang dibesarkan dengan cara ‘overprotective’ ini kebiasaannya kurang pandai bergaul. Mereka lebih suka memerap dengan ibu dan ayah dan takut untuk bersosial. Ini kerana ibu dan ayah tidak memberi pendedahan sewajarnya pada si anak semenjak mereka kecil lagi. Bersosial dengan cara yang betul sangat bagus untuk perkembangan anak-anak kerana ia boleh membantu si anak untuk belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih baik.

5)Anak sentiasa nak menang

Oleh kerana si anak terlalu dimanjakan dan dilindungi, maka lebih mudah bagi nya untuk mendapat apa saja yang diinginkan. Bila semakin besar mereka akan terbawa-bawa perangai tersebut. Bila bermain dengan kawan-kawan, dia sentiasa nak menang. Langsung tak pandai nak mengalah dan bertolak-ansur. Sifat ini pastinya tidak disukai orang keliling kerana dianggap sangat ‘selfish’.

 

Oleh itu, ibu bapa seharusnya bersikap bersederhana dalam semua perkara termasuk bab mendidik anak-anak kerana ia adalah cara yang terbaik. Melindungi anak daripada bahaya biarlah berpada-pada. Sesekali biarlah si anak menjadi lasak dan berasa bermain ‘kotor’ supaya dia dapat belajar sesuatu. Jangan kerana sifat kita yang terlalu mahukan kesempurnaan menyebabkan mereka terpaksa menanggung akibat sehingga ke dewasa.

 

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

By | 2017-07-14T05:12:43+00:00 July 14th, 2017|Latest Articles, parenting, Tip & Petua, Uncategorized|

2 Comments

  1. Muhamad aslan July 17, 2017 at 11:35 am - Reply

    Macam mana nam jadi stokis atau agen?

Leave A Comment