Obesiti dan diabetes di kalangan kanak-kanak Malaysia amat membimbangkan. Antara faktor penyebab adalah pemilihan makanan manis dan tinggi kandungan gula. Selain itu, diet tidak seimbang yang diamalkan oleh kebanyakan keluarga di Malaysia, turut menyumbang kepada pemasalahan ini.

Selain obesiti dan diabetes, kandungan gula yang tinggi dalam makanan yang diambil oleh kanak-kanak juga boleh menyebabkan masalah pada gigi seperti kaviti dan juga boleh menyebabkan masalah pada kaviti dan juga kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kanak-kanak untuk membesar.

APA PERANAN IBU BAPA?

  • Jangan jadikan makanan sebagai ganjaran untuk anak-anak.
  • Terangkan pada mereka kenapa gula berlebihan tidak baik untuk kesihatan si kecil. Anak-anak bijak pasti mereka faham.
  • Jadilah ibu yang bijak ketika memasak dan juga membeli belah.
  • Simpan makanan yang sihat untuk dijadikan snek dan bukannya makanan manis seperti biasa.
  • Ketika membuat kek, kurangkan 1/3 jumlah gula yang pernah anda gunakan dalam resipi sebelum ini.
  • Kurangkan dan elakkan makanan diproses.
  • Berhati-hati dengan gula tambahan yang tersembunyi dalam makanan dan minuman yang dibeli.

JUMLAH GULA YANG DISARANKAN SETIAP HARI:

  • Kanak-kanak berumur 2-6 tahun

Tidak lebih daripada tiga sudu kecil

 

  • Kanak-kanak berumur 7-10 tahun

Tidak lebih daripada empat sudu kecil

 

  • Kanak-kanak berumur 11-18 tahun

Tidak lebih daripada lima hingga lapan sudu kecil

 

  • Dewasa

Tidak lebih daripada 10 sudu kecil

 

Anda adalah pengaruh utama dalam kehidupan anak-anak, mulakan dari awal supaya ia menjadi amalan dalam kehidupan anda sekeluarga untuk amalan hidup yang lebih sihat.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604