ANAK LAMBAT MEMBACA, BUKAN TANDA MEREKA MALAS. KEMUNGKINAN BESAR MEREKA MENGALAMI DISLEKSIA.

“Eh, Tipah! Anak kau dah masuk 6 tahun kan? Dia tak reti membaca lagi ke?”

“A’ah. Tahun ni masuk 6 tahun dah. Belum pandai lagi la. Dia tak suka sangat membaca. Tapi kalau bab main, cepat je dia pickup. Biasa la tu budak-budak. Nanti pandai la dia.”

 

Kebanyakan ibu bapa akan bersikap ‘defensive’ apabila melibatkan hal anak-anak. Namun, janganlah sampai anda membiarkan anak-anak itu membesar begitu sahaja, tanpa mengkaji permasalahan sebenar mereka. Pastinya sukar untuk mengenalpasti jika anak itu ‘slow learner’ atau pun lembap. Ini kerana, secara fizikal nya anak-anak ini kelihatan sangat normal seperti kanak-kanak yang lain.

Sebenarnya terdapat satu sindrom ‘lambat membaca’ yang dikenali sebagai disleksia. Ia merupakan masalah otak dimana kanak-kanak ini mengalami kesukaran menterjemahkan imej tulisan kepada fahaman. Walaupun sindrom ini tidak merbahaya tetapi secara hakikatnya ia mampu menjejaskan prestasi anak-anak dalam proses pembelajaran.

Berikut adalah tanda-tanda disleksia yang ibu bapa perlu tahu. Namun tidak semua kanak-kanak mempunyai tanda-tanda yang sama.

 

1)Masalah lewat Pertuturan

2)Lambat membaca

3)Susah menulis

4)Berperwatakan cuai

5)Sukar memahami arahan

6)Mudah lupa

7)Sukar belajar matematik

8)Lebih terserlah minat dalam bidang kreatif

 

Sebagai ibu bapa anda hendaklah memberikan sokongan kepada anak-anak yang mengalami masalah disleksia ini. Jangan memberi tekanan kepada mereka kerana ini akan menyukarkan lagi proses pembelajaran anak-anak. Bagi ibu bapa yang kurang berpengalaman dalam mengatasi masalah seperti ini, anda boleh lah mendapatkan bantuan daripada Persatuan Disleksia Malaysia.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

 

 

By |2017-08-04T05:17:02+00:00August 4th, 2017|kesihatan anak, Latest Articles, parenting, Tip & Petua, Uncategorized|

Leave A Comment