ANAK KERAP BERGADUH? INI CARA TERBAIK UNTUK MENGAWAL MEREKA.

Apabila anak semakin ramai, masalah anak bergaduh seakan menjadi perkara yang biasa di rumah. Jika tak bergaduh dalam sehari maka tak sah. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada punca pergaduhan mereka ini antaranya kerana sikap ingin bersaing dan inginkan perhatian daripada ibu ayah.

Situasi anak-anak bergaduh memang sangat merimaskan. Melihat seorang menjerit, seorang lagi menangis; ibu ayah pasti akan rasa tertekan.  Apakah cara yang terbaik untuk mengawal situasi seperti ini?

1.Jangan masuk campur pada peringkat awal. Sekiranya pergaduhan masih berlanjutan dan terdapat sebarang kekasaran yang terjadi antara anak-anak barulah ibu ayah boleh bertindak. Sebab mengapa ibu ayah tidak digalakkan masuk campur di peringkat awal pergaduhan adalah untuk mengelakkan sebarang ketidakadilan berlaku. Kemungkinan untuk si ayah atau ibu memenangkan satu pihak saja boleh berlaku dan ini akan mengundang ketidakpuasan hati pada anak-anak.

2.Jika pergaduhan antara anak-anak melibatkan penggunaan kata yang kurang baik atau kasar, ibu ayah boleh la menegur dan menasihati anak pada waktu yang berlainan secara perseorangan. Jangan sesekali menengking anak-anak jika mereka menggunakan kata-kata yang kesat kerana mereka masih terlalu muda untuk memahami mengapa perkataan tersebut tidak boleh digunakan. Gunakan pendekatan yang berhemah dan ingatlah bahawa anak-anak juga mempunyai perasaan malu jika dia dimarahi depan adik-beradiknya yang lain.

3.Cuba untuk asingkan anak-anak jika mereka sedang bergaduh. Ini bagi mengelakkan mereka daripada bergaduh dengan lebih teruk lagi. Biarkan anak-anak tenang dengan sendirinya dan barulah anda menasihati mereka.

4.Elakkan untuk menyalahkan satu pihak saja. Kebiasaannya, ibu ayah akan lebih cenderung untuk menyalahkan si abang/kakak berbanding si adik dengan alasan abang/kakak lebih besar dan seharusnya sudah boleh mengalah dengan adik. Situasi ini mampu menimbulkan rasa sedih dalam diri anak-anak kerana mereka akan beranggapan, ibu dan ayah lebih menyayangi adik daripada mereka.

5.Jangan membebel. Bebelan yang diberikan oleh ibu atau ayah dari jauh hanya akan menegangkan lagi pergaduhan antara anak. Sebaliknya ibu atau ayah haruslah bersifat tenang untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

6. Cuba untuk wujudkan ‘win-win situation’. Contohnya jika anak-anak sedang bergaduh berebutkan mainan cuba alihkan perhatian mereka dengan suatu ganjaran lain.

Seperti, “siapa nak makan ais-krim? Jom tolong ibu kemaskan mainan.”

Secara tidak langsung, fokus anak dapat dialihkan kepada ganjaran ais-krim dan bukannya barang mainan yang direbutkan.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

 

 

 

By | 2017-08-21T04:36:13+00:00 August 21st, 2017|Creative, kesihatan anak, Latest Articles, parenting, senarai semak, Tip & Petua, Uncategorized|

Leave A Comment