Runsing tatkala anak asyik meragam apabila disuruh makan-makanan yang sihat?
Diberi nasi, tidak mahu.
Diberi sayur, terus ditolak.
Risau nya si anak tidak mampu membesar dengan baik atau lebih teruk lagi mereka lebih berisiko untuk jatuh sakit.
Seperti yang kita sedia maklum, orang Jepun dikenali sebagai masyarakat yang sihat dan mempunyai jangka hayat yang panjang dengan usia purata 79.9 tahun. Kadar obesiti di Jepun juga adalah yang ketiga terendah di dunia iaitu hanya 3.3% sahaja.
Rasa kagum melihat bagaimana ibu bapa di Jepun mendidik anak-anak mereka makan makanan yang sihat sejak kecil lagi. Disini terdapat beberapa tips mudah yang mampu anda ikuti.
1)Masak sendiri di rumah
Cara mudah untuk didik anak makan makanan sihat adalah dengan cara memasak sendiri makanan tersebut di rumah. Dengan cara ini, anda dapat memastikan makanan yang dimasak cukup nutrisinya dan bebas daripada sebarang perisa tambahan ataupun bahan pengawet.
Disamping itu, bagi anak yang sudah sedikit dewasa, anda boleh lah mengajak mereka untuk turut serta sewaktu proses memasak. Biarkan mereka merasai sendiri usaha mereka dalam menyediakan makanan tersebut agar mereka berasa lebih bersemangat untuk memakannya. Contohnya seperti menabur daun sup/daun bawang/ keju parut pada makanan yang sudah siap dimasak.
Elakkan daripada memberi mereka perkakas yang tajam.
2)Mula di usia yang awal
Bagi mengelakkan anak-anak memilih setiap kali makan, cuba untuk tidak memperkenalkan makanan yang tidak sihat seperti ‘junk foods’ atau ‘coklat’ kepada mereka di awal usia. Sudah pastinya si anak lebih gemar akan rasa yang ada pada ‘junk foods’ atau coklat berbanding sayur-sayuran. Oleh itu, biasakan mereka dengan manisan daripada buah-buahan dan jadikan sayur-sayur sebagai snek untuk kudapan mereka.
Jika si anak sudah terbiasa dengan makanan-makanan sihat ini sejak kecil, pastinya mereka tidak mempunyai masalah setiap kali waktu makan.
3)Ibu hendaklah menjadi lebih kreatif.
Cara paling mudah untuk menarik minat anak-anak sewaktu makan adalah dengan cara menghias sajian mereka dengan bentuk-bentuk yang menarik. Contohnya seperti, membentuk kan nasi/telur menjadi bentuk patung.
Dengan bentuk -bentuk dan warna yang menarik ini, anak-anak pasti bersemangat untuk menunggu waktu makan mereka. Pada masa yang sama ibu-ibu juga akan menjadi lebih kreatif dan seronok dalam menyediakan makanan untuk anak-anak.
Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604