Pernahkah ibu bapa mendengar amalan berbedak? Tidak, bukan hanya dengan meletakkan bedak pada muka atau kulit bayi, tapi ada cara penyediaannya yang betul dan mujarab.

Amalan berbedak ini dilakukan untuk merawat kulit sensitif bayi, seperti ekzema atau ruam susu. Selalunya dilakukan selepas mandi.

Untuk tujuan itu, bedak sejuk disediakan daripada beras yang direndam di dalam air selama seminggu.

Ada juga yang menggunakan tepung sagu yang dicampur dengan tepung beras ataupun bedak mentah belut.

13925790_480764748798455_1590331655549669350_o

Resipi Bedak Sejuk
————————–
Bahan

1 Cawan beras
1 helai daun pandan wangi
9 kuntum bunga melur
3 kuntum bunga cempaka
3 kuntum bunga kenanga

Cara Menyediakan

  1. Rendam beras selama seminggu. Basuh dan rendam dalam air bersih setiap hari
  2. Setelah beras cukup kembang dan lembut, giling halus sampai menjadi tepung
  3. Titiskan di atas kain putih yang beralaskan tikar pandan atau mengkuang. Jemur di bawah sinaran matahari
  4. Apabila kering, campurkan hirisan pandan dan bunga melur untuk mengharumkannya

Cara Pemakaian

Untuk membedak bayi, ambil beberapa butir bedak dan titiskan air mawar. Gaul sebati sebelum dipupur ke kulit bayi.

Diolah daripada: Ensiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh Anisah Barakbah, Pengasas Nona Roguy dan Penasihat Ning Salmah


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke 012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604