Pernah tak dengar ayat ini, “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” Jadi ternyata, ibu bapa merupakan orang yang sepatutya mengajar anak mengenal Al-Quran. Ibu-ibu terutamanya yang bekerjaya, jangan khuatir! Panduan yang ada ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu mempraktikkannya untuk mengajar anak-anak mengaji di rumah.

Antaranya ialah:

  1. Sediakan juadah makan malam lebih awal. Makan malam seisi keluarga bersama dan pastikan selepas Maghrib, program mengaji dapat dimulakan.

 

  1. Ibu dan anak bersolat Maghrib berjemaah bersama-sama. Jika ibu menjadi imam kepada anak, perjelaskan bacaan ibu agar anak mendengar dengan baik.

 

 

  1. Mulakan program mengaji dengan membaca surah Al-Fatihah. Hal ini dilakukan oleh ibu terlebih dahulu. Setelah itu, bacalah surah yang lain. Jika tahap bacaan sama, setiap satu halaman dibahagi dua. Hal ini dilakukan agar anak tidak terlalu lama menunggu ibu membaca Al-Quran, begitu juga sebaliknya.

 

  1. Ada baiknya, setiap hari, Al-Quran dibaca sekurang-kurangnya empat halaman di mana ia dikongsi bersama oleh anak dan ibu.

 

 

  1. Jika anak masih kecil, pastikan ibu mengajarnya menggunakan kaedah aktiviti. Hal ini dilakukan agar menjaga emosi ibu untuk terus bersabar dalam proses pengenalan anak-anak kepada Al-Quran. Pelbagaikan aktiviti seperti mengaji sambil menggunakan kad imbasan.

 

  1. Boleh juga mengaji menggunakan pen digital. Antara lain, mengaji bersama gajet ataupun pelbagai Apps masa kini. Sememangnya ia boleh menjadi alat bantu Al-Quran jika digunakan sebaik-baiknya.

 

 

  1. Berikan ayat untuk dihafal dan minta anak perdengarkannya kepada ibu. Ibu boleh meminta anak membaca surah hafazan semasa ibu sedang memasak dengan dipantau melalui video. Kaedah ini sangat sesuai untuk anak yang tidak focus. Jadi, sediakan telefon atau kamera video yang boleh merekod aktivitinya itu.

 

  1. Berikan kelas formal seminggu sekali kepada anak untuk memberinya peluang belajar Al-Quran bersama ustaz atau ustazah yang memang memiliki ilmu yang luas dalam membaca Al-Quran.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604