Peluang untuk berpuasa penuh memang sesuatu perkara yang sangat dinantikan oleh kaum wanita. Hanya ibu hamil dan ibu menyusu yang masih belum datang haid sahaja berpeluang menikmati ‘rezeki’ tersebut. Namun tak semua ibu hamil mampu untuk berpuasa penuh atas faktor kesihatan.

Kehamilan di trimester awal mungkin memberi komplikasi bagi sesetengah ibu hamil apatah lagi pada peringkat ini bayi dalam kandungan sangat memerlukan nutrien untuk membesar. Maka sebelum ibu hamil memutuskan untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan ini, sebaiknya berbincang dahulu dengan doktor pakar yang merawat anda.

Penerangan dari Dr.Zubaidi Haji Ahmad dalam blognya bagus dijadikan panduan kepada semua ibu hamil yang hendak berpuasa.

Peranan doktor menentukan hal ini

Apabila wanita hamil datang ke pusat rawatan untuk pemeriksaan antenatal pada bulan Ramadan, dia haruslah memberitahu masalah yang dihadapi ketika berpuasa.

Doktor boleh memberikan pendapat sama ada wanita hamil itu boleh meneruskan puasa atau harus meninggalkan puasanya. Ini kerana sepanjang tempoh berpuasa, tubuh wanita hamil dan bayi yang di dalam rahim menggunakan segala nutrien dan tenaga yang tersimpan di hati(liver) wanita itu.

Kekuatan wanita hamil untuk bertahan terus berpuasa bergantung kepada beberapa faktor:

* Berapa lama wanita itu telah hamil? (stage of pregnancy)

* Berapa lama tempoh berpuasa? Jika di Malaysia tempoh berpuasa antara 12-13 jam, tetapi di negara eropah mungkin ia lebih lama dan mungkin lebih pendek. Jika terlalu lama ada sesetengah wanita hamil tidak sanggup berpuasa kerana banyak nutrien yang disimpan dikongsikan bersama bayi dalam rahim.

* Adakah bulan Ramadan secara kebetulan serentak dengan cuaca panas atau amat sejuk? Dalam musim yang terlalu panas atau terlalu sejuk banyak tenaga yang digunakan untuk mengekalkan haba tubuh di musim sejuk sementara di musim panas, dehidrasi mudah berlaku dan sangat bahaya pada bayi yang dikandung.

* Bagaimana kesihatan wanita hamil sebelum beliau hamil? Jika wanita hamil itu telah mengalami masalah penyakit kronik sebelum kehamilannya, maka beliau mudah menjadii lemah jika tidak makan dan minum.

Oleh itu saya sering menasihatkan wanita yang merancang untuk hamil atau pun telah hamil di bulan Ramadan harus berbincang dengan doktor. Ini sangat penting terutama bagi wanita yang mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah (complicated pregnancy) sebelum ini, seelok-eloknya harus merancang bersama doktor.

Jika terdapat tanda-tanda berikut, sebagai panduan asas, wanita hamil boleh berbuka puasa. Antaranya:

  • Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun sudah berehat selama 30 minit hingga sejam.

 

  • Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.

 

  • Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidarasi. Bila dehidarasi berlaku, wanita hamil akan berasa sangat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Ibu hamil haruslah berbka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secara intravenous.

 

  • Jika usia kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali. Kebiasannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahim mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrien dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya apabila wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.

 

  • Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan bayi. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pramatang dapat dielakkan.

 

  • Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrien yang disimpan semakin berkurangan dan sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.

 

  •  Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.

Pada masa yang sama, doktor akan melarang seseorang wanitu itu berpuasa jika dia mempunyai komplikasi kehamilan seperti:

1. Diabetes mellitus

2. Penyakit buah pinggang

3. Penyakit hati(liver) yang tidak berfungsi

4. Penyakit bronchial asthma yang kuat

5. Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal

6. Kehamilan kembar

7. Mengalami risiko kelahiran pramatang

8. Masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

Kemampuan ibu hamil untuk berpuasa berbeza antara satu sama lain mengikut tahap kesihatan mereka. Namun jika keadaan kesihatan mengizinkan janganlah disia-siakan kemudahan yang Allah SWT telah berikan pada anda. Rebutlah ia selagi berkemampuan.

Sumber: drzubaidi.com


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty