Anak-anak sepatutnya aktif melakukan aktiviti fizikal di luar rumah. Namun masalahnya kini terlampau kerap menggunakan skrin sesentuh sebagai aktiviti harian menjadikan mereka kurang terdedah dengan cahaya matahari dan berpotensi untuk mengalami masalah motor (pergerakan fizikal).

Tahukah anda, sinaran cahaya matahari bukan sahaja pembekal utama vitamin D pada kulit malah membantu untuk penyerapan kalsium yang lebih baik. Jom bawa anak keluar rumah untuk melakukan aktiviti aktif sambil mendapat vitamin D secara percuma.

Antara 9 aktiviti yang anda boleh lakukan di luar rumah ialah:

  1. Tanam Pokok

Bawa anak ke halaman rumah dengan membawa pasu atau bekas untuk melakukan aktiviti menanam pokok atau sayur-sayuran. Untuk keselamatan, pastikan anda menyediakan sarung tangan kecil semasa anak menanam pokok.

 

  1. Siram Pokok

Setiap hari waktu pagi, jadikan ia rutin anak untuk menyiram pokok di halaman. Cara ini secara tidak sedar menyebabkan anak bergerak ke luar rumah. Sudah tentu anak suka aktiviti yang melibatkan air ini dengan menyiram pokok dari satu pasu ke pasu yang lain.

 

  1. Sarapan Pagi Di Taman

Mungkin hujung minggu anda membawa anak-anak sarapan pagi di taman. Sambil menikmati makanan, anda seisi keluarga mendapat khasiat vitamin D dari matahari. Malah anak berselera dengan suasana baru ini.

 

  1. Kenali Alam

Bawa anak keliling rumah atau taman, berikan satu tugasan kepadanya. Suruh anak mengira beberapa jenis haiwan, bunga atau burung yang dijumpainya. Tentu anak bermandi peluh selain mendapat khasiat vitamin secara percuma. Nyata anak akan teruja dengan aktivit ini.

 

  1. Taman Permainan

Bawa anak ke taman permainan untuk melakukan aktiviti fizikal. Kini alatan permainan di taman sudah diselenggarakan dengan baik. Biarkan anak bermain dengan pelbagai permainan di taman. Pastnya ia aktiviti yang menyeronokkan anak.

 

  1. Jom Cuci

Anak memang suka meniru perbuatan ibu bapa. Jika sebelum ini anda membasuh kereta. Apa kata anda menyediakan satu baldi kecil berisi air sabun dan span untuk membasuh basikal kesayangannya. Biarkan bajunya basah. Sudah tentu anak gembira dengan aktiviti ini.

 

  1. Main Sembunyi

Permainan ini pastinya penuh dengan gelak ketawa. Mana tidaknya anak akan mencari anda dicelah rimbun pokok di taman. Apabila dia Berjaya menjumpai anda, terus memeluknya untuk menunjukkan bahawa anak anda telah berjaya mencari anda.

 

  1. Istana Pasir

Bawa anak pergi bercuti ke pantai, jangan lupa lakukan aktiviti bermain pasir. Dengan cara membina istana pasir anak akan menikmati cahaya matahari sambil bermain. Anda juga turut sama terlibat dengan aktiviti ini. Sudah tentu anak akan teruja.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604