7 MITOS MENYUSU ANAK YANG SERING DIDENGARI

Bayi baru lahir bergantung sepenuhnya kepada susu ibu untuk makanan dan minuman mereka. Tetapi ibu-ibu seringkali stres apabila ramai yang memberi komen-komen tentang cara penyusuan yang betul dan sebagainya.

Kami sediakan mitos-mitos yang seringkali disebut-sebut dan juga fakta yang sebenarnya! Tidak susah untuk terus menyusukan anak, ibu hanya perlu fokus dan tidak perlu hiraukan komen negatif dari yang lain.

Mitos 1: Jika bayi banyak menyusu, bermakna mereka tidak mendapat susu yang cukup.
Fakta: Sebenarnya susu ibu mudah dihadam. Bayi cepat berasa lapar berbanding bayi yang menyusu susu formula. Jadisusukan bayi baharu lahir anda setiap dua hingga tiga jam sekali.
Mitos 2: ‘Rehatkan” payu dara seketika boleh membanyakkan susu.
Fakta : Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu dihasilkan. Sebaliknya dengan mengurangkan kekerapan menyusukan bayi hanya akan mengurangkan penghasilan susu anda.
Mitos 3: Bayi menyusu susu formula tidur lebih lena.
Fakta: Kajian mendapati bayi yang menyusu susu formula mungkin tidur lama kerana susu botol tidak cepat dihadam. Jadi jarak yang lama waktu menyusu membuatkan bayi tidur lebih lama.
Mitos 4: Bayi menyusu susu ibu tidak sepatutnya menyusu dalam botol kerana ia boleh membuatkan dia keliru puting.
Fakta: Bayi menghisap puting tetapi menyusu di payu dara. Perbezaan antara dua tindakan ini jarang mengelirukan bayi.
Mitos 5: Penyusuan susu ibu mengubah bentuk dan saiz payu dara.
Fakta: Ketika mengandung, berlaku perubahan kepada payu dara ibu tetapi penyusuan tidak menyebabkan sebarang perubahan. Sebaliknya penyusuan boleh membantu melindungi payu dara daripada risiko terkena penyakit kanser payu dara.
Mitos 6: Jangan kejutkan bayi sedang tidur untuk menyusu.
Fakta: Kebanyakan masa bayi yang akan mengejutkan ibu untuk menyusu setiap dua hingga tiga jam sekali.
Mitos 7: Penyusuan mengelakkan anda daripada mengandung.
Fakta: Penyusuan bukan jaminan boleh mengawal kehamilan. Bagaimanapun pakar, percaya penyusuan susu ibu sepenuhnya berkesan hampir 98% mengawal kehamilan tetapi ia hanya berkesan pada enam bulan pertama sahaja.
Diharapkan artikel ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk meneruskan perjuangan bagi menyusukan anak secara sepenuhnya!
Artikel diolah daripada: http://www.majalahpama.my/bayi

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By |2017-01-26T03:55:25+00:00January 26th, 2017|kelahiran|

Leave A Comment