Bayi atau kanak-kanak selalunya pernah berdepan dengan ruam lampin. Selalunya ruam lampin ini membuatkan kulit si manja kemerahan dan timbul bintik-bintik putih.

Jadi bagaimana cara untuk mengenal pasti, mengelak dan merawat masalah ruam lampin ini?

  1. Ruam lampin berlaku disebabkan oleh ‘sisa buangan’

Kulit bayi yang terlalu lama terdedah kepada air kencing atau najis menjadi antara punca utama kepada timbulnya ruam lampin. Kelembapan berpanjangan, geseran antara kulit dan lampin serta pengeluaran ammonia dari ‘sisa buangan’ boleh meneimbulkan iritasi pada kulit si manja.

 

  1. Adakah anak anda menghidap penyakit kulit?

Bayi dan kanak-kanak yang mengalami ekzema, psoriasis atau penyakit kulit lain akan mengalami ruam lampin yang teruk berbanding bayi dan kanak-kanak yang mempunyai kulit normal.

 

  1. Mengapa bayi saya tidak menangis

Bukan semua bayi yang mengalami masalah ruam lampin akan menunjukkan tanda-tanda sakitatau menangis kerana kehadiran ruam lampin. Kebanyakan bayi yang mengalami masalah ruam lampin biasa tidak akan menunjukkan tanda-tanda sakit. Walaubagaimanapun, anda masih perlu menangani masalah ruam lampin si manja sebelum melarat kerana ia hanya akan menyebabkan si manja kurang selesa dan meragam.

 

  1. Cara bersihkan kawasan lampin

Meskipun bayi anda masih belum dijangkiti ruam lampin, namun anda perlu mengenalpasti cara untuk mengelakkan ruam daripada berlaku. Tukarkan lampin bayi anda yang basah atau kotor sekerap mungkin. Selain itu, anda juga perlu membersihkan kawasan lampin selembut-lembutnya, dengan cara mengelap dari depan ke belakang. Gunakan air atau tisu basah yang bebas pewangi dan tanpa alkohol untuk membersihkan kawasan lampin si manja.

 

  1. Bahan buatan lampin

Material plastik yang ada pada lampin akan lebih membanyakkan lagi ruam lampin kerana material ini menyebabkan udara tersekat di dalamnya sekali gus menyebabkan kawasan lampin lembap.

 

  1. Bebas lampin

Jangan selalu memakaikan si manja dengan lampin. Kadangkala anda perlu membiarkan bayi anda bebas lampin terutama selepas dia mandi. Biarkan si manja seketika tanpa lampin bagi memberiakan udara segar terus kepada kulitnya.

 

  1. Dapatkan rawatan

Jika ruam lampin tidak dirawat, kulit bayi akan menjadi bersisik dan melepuh terutama di sekitar kawasan yang terkena lampin. Malah, bayi juga berkemungkinan mengalami demam teruk jika ruam dijangkiti bakteria dan  kulat. Jadi, dapatkan rawatan segera dengan berjumpa doktor kanak-kanak.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty