Ibu bapa mungkin berasa teragak-agak untuk membawa anak kecil mereka pergi bercuti. Takut untuk mengendalikan anak kecil jika mereka tiba-tiba meragam. Sememangnya anak-anak kecil mempunyai ragam yang pelbagai.

Bahkan, ia boleh merencatkan suasana percutian yang telah kita rancang. Walaubagaimanapun, dengan merakamkan detik-detik kenangan semasa bercuti akan mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak di samping mereka akan terdedah dengan suasana persekitran yang berbeza.

  1. Pakaian

Pastikan pakaian anak-anak cukup mengikut keperluan. Bilangan pakaian mengikut berapa hari anda ingin bercuti dan sehari berapa kali pakaian mahu ditukar. Lebih elok jika anda sediakan baju tambahan sebagai persediaan jika anak-anak muntah dalam perjalanan.

  1. First Aid Kit

Ubat-ubatan anak jangan dilupa. Bawa sekali alat pemeriksa suhu badan untuk memudahkan kita memantau suhu anak jika demam. Kesihatan mereka ada pasang surutnya, boleh demam secara tiba-tiba dan sebagainya.

  1. Sediakan beg kecil

Beg kecil perlu diamalkan bagi menempatkan barang keperluan utama seperti dua keping lampin pakai buang, dua helai baju, kain tuala kecil, tisu basah, sebotol susu yang siap dibancuh dan plastik supaya tidak perlu membuka beg besar yang berada di bonet kenderaan untuk sebarang keperluan semasa perjalanan. Pastikan anda membawa Minyak Tenang Anakanda untuk digunakan jikalau mabuk semasa perjalanan ataupun ketika kembung perut.

4. Sediakan bekal untuk anak

Anak-anak kecil akan cepat meragam jika lapar. Oleh itu, bawalah biskut, bubur, puri dan mineral secukupnya untuk mereka. Bagi anak-anak yang sudah berusia dua tahun keatas, seeloknya bekalkan mereka buah-buahan dan snek berkhasiat. Apabila perut kenyang , mereka pasti tidak akan meragam lagi.

  1. Bekalan susu

Sediakan bekalan susu yang secukupnya kerana bimbang jika tempat yang dikunjung itu tiada jenama susu yang selalu diminum oleh anak kita. Sediakan juga sebuah termos air panas sederhana besar, manalah tahu ketika perjalanan perlu membancuh susu pula.

  1. Stroller

Stroller boleh juga dibawa untuk menyenangkan anda semasa berjalan. Jadi tidaklah penat sangat nanti mendukung anak kecil nanti.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty