Sakit kepala mampu menyerang sesiapa saja tak kiralah samada kanak-kanak, remaja atau pun orang dewasa. Sakit kepala merupakan gangguan sistem pada bahagian saraf yang mengalami ketegangan. Sakit kepala ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti pemakanan, persekitaran dan juga masalah berat badan.
6 PENYEBAB SAKIT KEPALA KETIKA BANGUN TIDUR
1)Dehidrasi
Kekurangan air di dalam badan akan menyebabkan masalah tubuh badan menjadi lemah dan juga punca kepada masalah sakit kepala. Otot-otot di dalam badan memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan lebih baik. Jika pengambilan air adalah kurang maka tidak peliklah mengapa anda bangun dalam keadaan sakit kepala.
2)Pola tidur yang tidak betul
Salah satu punca sakit kepala adalah kerana pola tidur yang tidak teratur. Setiap orang dewasa seharusnya mempunyai rehat dan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Jika anda mengabaikan waktu tidur, atau tidak mendapat waktu tidur yang berkualiti anda berkemungkinan untuk mendapat sakit kepala apabila bangun dari tidur.
3)Mengalami sakit sinusitis
Sinusitis adalah radang sinus, rongga berisi udara yang dapat ditemukan di berbagai bahagian tengkorak. Bakteria sinusitis yang terdapat di dalam rongga menyebabkan seseorang itu berasa sakit kepala.
4)Masalah sleep apnea
Sleep apnea merupakan gangguan tidur dimana seseorang mengalami kesukaran untuk bernafas. Keadaan ini akan menyebabkan otak memberi signal bahawa paru-paru sedang mengalami kekurangan oksigen. Signal yang dihantar adalah dalam bentuk sakit dan ini akan memaksa seseorang itu untuk bangun, dan bernafas seperti normal.
5)Stress
Stress atau tekanan mampu membuatkan pembuluh darah menjadi lebih lebar dan mengakibatkan tekanan darah. Oleh itu peningkatan tahap stress akan membuatkan otot-otot disekitar kepala menjadi tegang lalu menyebabkan sakit kepala.
6)Hamil
Salah satu punca sakit kepala sewaktu bangun tidur adalah disebabkan kehamilan. Ini adalah kerana perubahan hormone yang dialami nya. Kebiasaanya sakit kepala ini akan disertai dengan alahan lain seperti muntah-muntah.
Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604