Baru-baru ini hangat dengan berita mengenai seorang budak perempuan berusia empat tahun yang terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekaligus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengelakkan anak kecil dari ketagih gajet elektronik.

  1. Jangan beli

Jangan beli tab, iPad atau telefon pintar untuk anak-anak. Selagi tiada kepentingan untuk mengguna, usahlah beli. Tidak perlu kenalkan mereka dengan laptop dan komputer di awal usia. Tambahan pula permainan di internet bermacam-macam iklan yang tidak baik ada di internet.

  1. Jangan main Game depan anak

Kalau ayah seorang gamer, jangan bermain game di depan anak-anak. Kalau main game sampai dua tiga jam atau sampai lewat pagi, memang tidak sesuai untuk kehidupan seorang bapa. Seorang bapa kenalah lebih matang selepas berumah tangga.

  1. Hadkan penggunaan TV

Hadkan penggunaan televisyen. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton kartun dari pagi, petang sehingga malam. Kartun sememangnya dikatakan dapat merangsang minda kanak-kanak, tapi jika berlebihan tidak elok juga.

  1. Amalkan beriadah

Bawa anak-anak ke taman permainan untuk beriadah. Atau main sahaja di depan rumah dengan anak-anak. Jangan biarkan anak jadi anti-sosial dengan gajet di tangan.

  1. Kenalkan dengan buku ilmiah

Berikan mereka buku-buku cerita ringkas seperti kisah dogeng Cinderella atau sirah Nabi s.a.w. Pelbagai jenis buku cerita yang boleh didapati di pasaran. Bacakan pada mereka sehingga mereka minat. Luangkan masa 10 minit membaca buku cerita dengan mereka sebelum tidur.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604