Siapa kata hanya bakal ibu sahaja yang perlu membuat pesediaan menghadapi saat kelahiran bayi, bakal bapa pun perlu juga.

Peranan bakal bapa di dalam bilik bersalin bukan sekadar menemankan si isteri malah dia seharusnya menjadi pembakar semangat agar isteri terus kuat untuk melalui proses kelahiran.

 

  1. Tahu apa kemungkinan yang akan berlaku

Sebelum menimang cahaya mata, pastikan suami dan isteri sudah memenuhkan dada dengan ilmu-ilmu pengetahuan tentang kelahiran yang bakal dilalui nanti. Sebab itu, bakal ibu dan bapa perlu mengikuti kelas antenatal bersama-sama.

Melalui kelas tersebut anda berdua akan memperoleh perlbagai maklumat yang berguna untuk dipraktikkan. Langkah ini amat penting untuk bakal ibu dan bapa yang menanti kelahiran pertama, anda berdua dapat meluaskan minda agar dapat menghadapi cabaran yang kemungkinan timbul apabila tiba saatnya.

  1. Bersiap sedia untuk melalui perubahan

Tidak semua wanita mengandung akan melalui pengalaman bersalin yang sama. Jadi, anda dan isteri perlu bersama-sama berbincang dengan kemungkinan yang bakal berlaku dan berbincang apakah pilihan yang perlu diambil.

Gunakan ilmu pengetahuan yang telah dikumpulkan semasa kelas antenatal untuk memudahkan membuat keputusan. Namun, persiapkan dari segi mental, fizikal dan juga ekonomi perlu ada untuk melalui perubahan drastik yang mungkin hadir tanpa disedari.

  1. Usah ambil hati

Wanita akan berubah sikap apabila melalui proses kelahiran terutamanya di tahap terakhir. Ini disebabkan kesakitan dan keletihan yang dialaminya membuatkan dia mudah hilang pertimbangan diri.

Jadi sebagai suami, anda perlu cuba mengambil hati isteri. Luangkan masa-masa terakhir yang ada ini dengan memenuhi apa yang isteri mahu bagi memastikan dia kekal selesa. Sebagai contoh, anda boleh tolong mengurut isteri di bahagian-bahagian tubuh badannya yang kurang selesa, kejang atau lenguh dengan menggunakan Minyak Tenang Anakanda.

  1. Bertanya soalan

Jangan berasa malu untuk bertanya soalan yang mengusutkan fikiran anda. Bukan semua doktor yang mengendalikan isteri anda sudi menerangkan secara terperinci setiap masalah. Dengan maklumat diperolehi, sekurang-kurangnya dapat membantu isteri apatah lagi jika isteri kini tidak lagi punya kekuatan untuk bertanya pelbagai soalan.

  1. Pemberi semangat

Sebagai suami anda perlu kuat dan tidak putus-putus menitipkan kata-kata semangat kepada isteri. Ini kerana bukan semua wanita mengandung kuat dalam menghadapi ujian yang perlu ditempuhinya sepanjang proses bersalin. Kekutan yang ada pada diri anda amat penting ketika isteri sedang berperang dengan kontraksi terutamanya ketika isteri sedang bertarung nyawa dalam proses melahirkan anak.

Kelahiran anak membawa erti kebahagian buat pasangan kerana ia satu memori manis dalam kehidupan suami isteri. Menjadi bapa merupakan satu pengalaman hebat dalam kehidupan seorang lelaki.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604