Anak-anak kecil amat mudah dijangkiti dengan penyakit disebabkan faktor cuaca dan persekitaran yang tercemar. Penyakit yang sering menyerang anak kecil ini selalunya demam, selsema, batuk mahupun cirit-birit.

Anak-anak kecil ini mudah dijangkiti kerana peringkat umur mereka yang dalam proses mengenali dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Jadi apa sahaja yang ada di depan mata mereka akan mencuba atau mungkin memasuki ke dalam mulut.

  1. Mengukur suhu badan

Apabila mendapati anak meragam atau menangis tak henti maka sebagai ibu bapa pasti merasa tidak sedap hati dan risau. Sebaiknya, setiap ibu bapa perlu memeriksa anak mereka segera sama ada anak mereka tidak sihat. Setiap rumah perlu ada thermometer sama ada jenis yang letak di dahi, mulut atau telinga. Ibu bapa perlu memastikan suhu badan anak mereka adalah normal dan tidak lebih kepada 36.7C.

 

2. Lap permukaan dahi dan badan dengan tuala basah

Jika suhu badan terlampau panas amat disarankan untuk menuam kepala dan seluruh badan anak dengan tuala basah.Terutamanya di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki. Tuala yang digunakan untuk tuam itu wajib sering  dicelup semula dengan air dan elakkan membiarkan tuala di dahi terlalu lama.

3. Makanan yang mudah dihadam

Pastikan perut anak tidak kosong ketika sakit bagi memastikan anak kuat untuk melawan sakitnya. Anak mungkin sakit tekak akibat cuaca yang panas, jadi makanan yang lazim dimasak adalah bubur ataupun sup. Berikan anak makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya.

4. Berikan air atau susu secukupnya

Air masak perlu diberikan secukupnya kerana ketika demam suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badan anak mudah kekurangan air. Badan yang kekurangan air lebih lambat untuk sembuh. Bagi anak yang masih minum susu badan atau susu formula, berilah sekerap mungkin supaya suhu badanya berkurang. Susu ibu juga amat baik kerana juga merupakan penawar dan antibodi melawan penyakit.

5. Sentiasa berada di samping anak

Jangan membiarkan anak tidur bersendirian ketika sakit ini kerana anda boleh bertindak segera  jika terdapat kecemasan seperti suhu badan anak tetiba naik terlampau tinggi melebihi 39 darjah celcius. Tindakan segera perlu diambil untuk mengelakkan terjadinya sawan.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty