Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, pastinya anda akan berasa rungsing setiap kali memikirkan hajat untuk membawa anak-anak keluar ke pasaraya. Bimbang anak-anak akan mengamuk, berlari-lari, meraung sampai tahap yang tidak boleh dikawal.
Kesudahannya tiap kali hujung minggu pun tersadai di depan tv mengadap kartun sahaja.
Keluar membeli-belah seharusnya menjadi saat yang sangat menghiburkan bagi ibu-bapa dan juga anak-anak bukan suatu mimpi ngeri. Ikuti 5 tips mudah ini untuk melancarkan urusan membeli-belah anda.
1)Elakkan untuk keluar pada waktu puncak
Bagi memudahkan anda mengawasi anak-anak sewaktu berada di luar, seelok-eloknya pilihlah hari biasa sekiranya anda tidak bekerja dan elakkan pada hujung minggu. Jika anda tidak mempunyai pilihan, pilihlah waktu awal pagi seperti pukul 10 kerana pada waktu ini pasaraya baru sahaja dibuka dan masih tidak ramai orang.
2)Rancang perjalanan dan pembelian anda
Urusan sewaktu diluar bersama anak-anak pasti akan lebih lancar jika anda merancang terlebih dahulu. Oleh itu, pastikan anda tahu tentatif anda pada hari itu. Tempat mana yang harus dituju terlebih dahulu dan barang apa yang harus dibeli. Elakkan merancang disaat akhir.
3)Libatkan anak-anak
Anak-anak akan berasa sangat seronok jika ibu bapa melibatkan mereka dalam aktiviti membeli-belah. Ini adalah kerana mereka akan berasa bahawa diri mereka juga penting seperti orang dewasa. Ibu bapa boleh lah mengambil troli kecil untuk ditolak oleh anak-anak dan berikan mereka tugasan mudah contohnya seperti mengambil 3 biji buah epal. Secara tidak langsung, ini akan mendidik anak-anak untuk berkelakuan baik dan patuh arahan.
4)Sediakan snek untuk anak-anak
Bagi mengelakkan anak-anak meragam kerana lapar atau mengelakkan mereka membeli makanan yang tidak sihat, ibu bapa boleh lah menggunakan initiatif lain seperti membawa snek kegemaran dari rumah. Contohnya seperti buah-buahan atau sayur-sayuran kegemaran anak-anak. Ini boleh membuatkan mereka menjadi leka sewaktu berjalan di pasaraya.
5)Guna konsep ‘reward’
Salah satu cara untuk memastikan anak-anak berkelakuan baik di pasaraya adalah dengan menggunakan konsep ‘reward’. Contohnya, sebelum keluar rumah pesan kepada anak-anak jika mereka berkelakuan baik mereka boleh mendapatkan barang kegemaran mereka, jika tidak mereka tidak boleh keluar berjalan lagi. Ibu bapa mestilah akur dalam memberi ganjaran. Jangan lupa janji anda pada anak-anak kerana ini akan membuatkan mereka berasa marah dan memberontak.
Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604