Aduhai, anak saya memilih makanan! Cerewet makan adalah normal dan biasa dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, para ibu perlu kreatif menarik minat anak untuk makan.

Menurut kajian, hampir 40 peratus kanak-kanak yang berumur di bawah enam tahun cerewet makan. Hal ini kerana mereka hanya makan makanan yang hanya mereka gemari dan tidak makan makanan yang mereka tidak suka. Perkara ini menyebabkan makanan yang diambil tidak seimbang seperti mana yang terdapat dalam pyramid makanan.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah anak yang cerewet makan.

  1. Sabar

Kanak-kanak kebiasaanya memerlukan pendedahan berkali-kali terhadap sesuatu makanan sebelum mereka mahu merasa makanan tersebut. Ibu bapa boleh meletakkan beberapa jenis makanan di atas meja seperti nasi. roti, buah-buahan, susu untuk diperkenalkan kepada anak mereka dan memberi mereka kebebasan untuk memilih makanan sendiri.

Jika si anak masih tetap tidak mahu mencuba, ibu bapa boleh cuba semula enam bulan selepas itu.

 

  1. Libatkan anak anda

Kanak-kanak akan lebih menarik untuk makan makanan yang mereka sendiri terlibat dalam penyediaannya. Para ibu boleh meminta bantuan dengan meminta mereka membuat pilihan dalam menentukanmenu sayur. Sebagai contoh,ibu boleh bertanya, “Hari ini nak makan sayur kacang panjang atau brokoli.”

Kongsi juga kerja-kerja dapur dengan mereka seperti memasukkan bahan dalam membuat salad. Jika di pasar raya, minta anak anda untuk memilih buah-buahan yang mereka ingin cuba.

 

  1. Jadi kreatif

Cuba hidangkan makanan dengan cara yang baharu dan ceria.

  • Aplikasikan seni- berikan anak anda sekeping roti dan minta mereka hias dengan membuat muka orang daripada tomato, timun, salad dan zaitun.
  • Cara hidangan berbeza- jika selalunya anda menghidangkan buah yang dipotong dalam bekas, anda boleh cuba untuk mencucuk buah tersebut dengan pencukil gigi supaya anak anda tertarik untuk mencuba.
  • Jadi bijak- anda boleh mencampurkan bahan yang anak anda tidak suka dalam makanan harian. Sebagai contoh, puri lobak merah boleh dicampur dengan sos, gantikan air dengan susu apabila mencairkan sup krim cendawan dan tukar tepung biasa dengan tepung berbijirin apabila membuat roti.

 

  1. Jadi role-model/contoh pada anak-anak

Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan, padahal diri sendiri berjalan senget. Contohnya, ibu bapa menyuruh anak-anak minum susu, sedangkan mereka sendiri tidak pernah minum susu.

  1. Pelbagaikan menu dalam sehari

Menu yang pelbagai menarik minat kanak-kanak untuk makan. Terutamanya jika makanan itu dihias cantik.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

 

 

 

 

 

 

 

 

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty