Kehidupan kanak-kanak memang aktif. Adalah normal jika anda selalu lihat anak anda baru balik rumah selepas bermain dengan keadaan berpeluh-peluh serta muka dan pakaian menjadi kotor. Selalunya setiap ibu bapa akan risau kerana disebabkan aktiviti ini, kanak-kanak mudah berjangkit kepada kuman dan bakteria.

Berikut merupakan 5 teknik mudah mengajar kanak-kanak menjaga kebersihan:

 

  1. Didik dengan peraturan asas

Ajar anak anda peraturan asas tentang kebersihan sejak usianya kecil lagi. Amalan asas kebersihan adalah seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan dengan menggunakan sabun, menutup mulut semasa batuk atau bersin dan mandi tiga kali sehari.

 

  1. Tunjukkan contoh yang baik.

Ibu bapa adalah role-model kepada anak-anak. Jadi, tunjukkan contoh yang baik kepada anak anda tentang aspek kebersihan seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, mengelap mulut dengan tisu atau sapu tangan selepas makan, tidak membiarkan rumah bersepah serta memastikan kawasan dalam dan luar rumah bersih.

 

  1. Bacakan buku cerita contoh dan teladan

Sesekali, bacakan buku cerita yang berkisarkan tentang kebersihan seperti tidak menjaga kebersihan atau budak yang pengotor. Masukkan unsur hiburan dan jenaka semasa bercerita bagi menarik minat si manja.

 

  1. Bekalkan anak dengan sapu tangan bersih

Bekalkan anak anda dengan sapu tangan bersih setiap kali dia pergi ke tadika. Selalu memesan kepada mereka supaya mengelap tangan dan mulut selepas makan menggunakan sapu tangan yang diletakkan dalam poket pakaian mereka.

 

  1. Kebersihan oral dan gigi

Kebersihan oral dan gigi juga amat penting dan perlu diutamakan. Ajar anak anda memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari atau setiap kali selepas makan.Tambahan pula anak-anak kecil gemar memakan makanan ringan.

 


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604