Ibu bapa mesti keliru macam mana nak memilih tadika untuk si manja. Elok ke tadika tu? Selamat ke suasana persekolahan tu? Soalan-soalan ni mesti selalu bermain di minda ibu bapa kan. Sebagai ibu bapa mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak kita.

Sebelum itu, mari kenali lebih lanjut apa perbezaan antara playschool dan prasekolah.

Apa itu Playschool?

Merujuk kepada pusat didikan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun sebagai tempat persediaan atau transisi sebelum mereka mengikuti kelas di peringkat prasekolah yang bersifat formal. Di playschool kanak-kanak disediakan kurikulum yang berasaskan bermain. Istilah ini kurang popular dalam konteks Malaysia, definisi yang diguna pakai untuk pusat didikan untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun adalah konsep taman asuhan atau dikenali taska.

Apa itu Prasekolah?

Prasekolah atau Tadika adalah Taman Didikan Kanak-kanak, tempat yang menyediakan pengalaman awal tumbesaran, perkembangan dan pembelajaran untuk kanak-kanak di peringkat umur 4 hingga 6 tahun yang didaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadau dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Jadi, apa perkara penting yang perlu ibu bapa perlu tahu sebelum memilih tadika.

  1. Kelas Tambahan

Setiap tadika dibezakan dengan kualiti dan servis yang ditawarkan. Pilihan tadika yang menawarkan pelbagai kelas-kelas tambahan dan program pembelajaran terkini seperti makmal komputer, kolam renang, taman permainan, perpustakaan, kelas muzik, bahasa asing, persekitaran pendidikan yang selesa, ceria dan menarik.

 

  1. Kaedah Pembelajaran

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran digunakan oleh tadika antaranya ialah kaedah perkembangan menyeluruh. Selain itu, ada tadika yang mempunyai kurikulum yang digubal sendiri, namun masih berlandaskan garis panduan Kementerian Pendidikan.

 

  1. Lokasi

Jangan memilih tadika yang terlalu jauh dari rumah hingga mengambil masa untuk pergi dan balik. Bukan sahaja akan membuat anak jadi letih malah hilang fokus untuk belajar.

 

  1. Perkhidmatan Pengangkutan

Perkara seperti ini seharusnya diambil kira dalam pemilihan tadika terutama untuk anda yang kedua-duanya bekerja. Ini secara tidak langsung memudahkan anda dalam menguruskan pergi dan balik anak-anak daripada tadika.

 

  1. Tenaga Pengajar

Pastikan juga siapa tenaga pengajar di tadika. Tenaga pengajar harus mempunyai ilmu mengenai perkembangan kanak-kanak dan tahu bagaimana untuk mengaplikasikan program yang ditawarkan. Apa yang jelas, yuran bukan ‘kata kunci’ kepada  kecermelangan tadika itu.

 


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604