Kulit bayi yang begitu halus dan sensitif semestinya memerlukan penjagaan yang sempurna. Ini kerana setelah beberapa bulan bayi lahir, kulitnya mudah terdedah kepada perubahan suhu, kekeringan serta jangkitan hingga ada kalanya boleh menyebabkan kulit bayi tidak sihat dan bermasalah.

Bagi mengelakkan ini berlaku pasti kan anda mengetahui antara masalah-masalah kulit yang kerap berlaku pada bayi serta cara untuk merawatnya. Bagaimanapun, jika masalah berlarutan segera lah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan perubatan.

  1. Kulit Kering

Masalah kulit kering tidak seteruk masalah ekzema. Biasanya bayi yang mengalami masalah kulit kering atau bersisik hanyalah bersifat sementara. Ia tidak bahaya dan akan hilang apabila usia bayi mencecah umur empat hingga enam bulan. Bahagian yang kerap mengalami masalah kulit kering ialah bahagian punggung atau lengan.

 

Panduan Rawatan

  • Selalu lap bahagian kulit yang kering dengan kain.
  • Pada bahagian kulit yang kering sentiasa sapu losen.
  • Kerap mandikan bayi boleh membantu menambahkan kelembapan pada kulit bayi.

 

  1. Ruam Panas

Turut dikenali sebagai ruam gatal, ia biasanya berlaku berpunca daripada cuaca pamas dan lembap. Semasa cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Ini boleh mengakibatkan tanda timbul ruam merah yang terang dan bintik-bintik di bahagian leher, bawah lengan atau tepi lampin. Ia juga boleh timbul di kulit kepala jika bayi memakai topi. Biasanya, ruam panas akan hilang dalam tempoh beberapa hari.

 

Panduan Rawatan

  • Mandikan bayi menggunakan air suam
  • Lap dengan menggunakan tuala basah di kawasan kulit yang ruam
  • Elakkan memakai baju tebal
  • Bilik pada suhu yang sederhana
  • Pilih fabrik daripada kain kapas
  • Elakkan fabrik sintetik seperti poliester atau nilon yang memerangkap haba
  • Tanggalkan baju untuk menyejukkan badannya

 

  1. Ruam Lampin

Ruam lampin merupakan perkara biasa bagi bayi terutama ketika usia bayi menjangkau antara sembilan hingga 12 bulan. Memakai lampin yang sudah penuh dalam jangka masa yang lama dan menukar lampin tanpa membersihkan kawasan alat sulit serta punggung bayi juga merupakan punca berlakunya ruam lampin. Selain itu, ada kalanya juga jangkitan bakteria hingga menjadi ruam boleh berlaku apabila kulit bayi tidak dikeringkan sebaik mungkin selepas mandi

 

 Panduan Rawatan

  • Kerap menukar lampin stiap kali bayi buang air besar dan kecil.
  • Menggunakan sabun organik yang bebas bahan kimia.
  • Lap kering dan sapukan krim atau losen khusus untuk melindungi kulit.
  • Pakaikan lampin secara longgar supaya ada pengaliran udara di bahagian punggung bayi.

 

  1. Ekzema

Ia adalah masalah kulit yang boleh membuatkan bayi tidak selesa dan gatal di bahagian yang mengalami ekzema. Masalah kulit ini merujuk dermatitis yang mempunyai masalah kemerahan, bersisik dan bengkak. Ia meliputi bahagian muka, tangan, kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut dan pergelangan kaki antara kawasan yang kerap berlaku ekzema.

 

Panduan Rawatan

  • Ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
  • Memakai fabrik jenis kapas untuk mengelak kulit kering dan tidak selesa.
  • Kuku sentiasa pendek supaya kulit tidak berdarah semasa bayi mengaru pada bahagian kulit yang gatal.
  • Elakkan makan makanan yang boleh menjadi pencetus ekzema.
  • Sentiasa sapu pelembap terutama setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.

 

  1. Kerak Kepala

Ia juga dikenali sebagai cradle cap. Apabila berlaku, ia kelihatan seperti kelemumur pada bahagian kepala bayi. Masalah ini melibatkan kepala yang diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik di kulit kepala.

 

Panduan Rawatan

  • Kerap membasuh rambut bayi dengan syampu bayi.
  • Guna berus bayi dan sikat rambut untuk menanggalkan kepingan kerak.
  • Menggunakan minyak bayi, minyak kelapa atau minyak zaitun untuk melembutkan kepingan kerak.
  • Gosok lembut di bahagian kepala dengan menggunakan minyak untuk menanggalkan kepingan.

 

Tahukah anda, dengan penggunaan Minyak Tenang Anakanda juga boleh membantu masalah kulit bayi anda! Ini kerana bahan-bahan semula jadi Minyak Tenang Anakanda ini tersendiri. Minyak yang tidak panas justeru tidak membahayakan kulit si manja anda.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty