Setiap ibu bapa semestinya impikan melahirkan anak yang pintar dan bijak. Otak adalah organ pertama dalam tubuh yang menyerap  nutrien daripada makanan yang kita makan.

Pengambilan makanan segera dan makanan ringan yang berlebihan boleh menyebabkan anak anda mudah lesu, mengantuk dan lemah daya ingatan. Jadi ibu bapa perlu ambil berat akan pemakanan anak anda kerana sestengah makanan tertentu boleh membantu perkembangan otak, menajamkan minda, meningkatkan daya ingatan dan tumpuan.

Berikut merupakan 5 jenis makanan yang membantu perkembangan otak si manja anda:

  1. Telur

Telur sememangnya dikenali sebagai sumber terbaik protein. Kuning telur pula mengandungi choline yang membantu perkembangan daya ingatan. Telur juga merupakan sumber asid lemak EPA yang paling baik untuk kecerdasan otak.

  1. Susu

Makanan tensusu dilengkapi dengan protein dan Vitamin B- yang penting untuk perkembangan tisu otak. Susu dan yogurt mengandungi khasiat protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga utama untuk otak.

  1. Kekacang

Kacang mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan serat yang dapat membekalkan tenaga. Kekacang juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan otak.

  1. Beri

Segala jenis beri seperti strawberi, ceri, blueberi mengandungi antioksidan yang tinggi. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil blueberi dan strawberi dapat memperbaiki daya ingatan mereka.

  1. Ikan Salmon

Ikan salmon mengandungi sumber terbaik asid lemak omega-3 dan EPA. Kedua-duanya penting untuk fungsi dan perkembangan otak. Kanak-kanak yang makan ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu mempunyai minda yang tajam. Ikan salmon juga dapat meningkatkan daya pemikiran dan kecerdasan otak.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty