Salah satu cabaran bagi ibu baru yang menyusukan anak adalah susu badan kurang atau sedikit. Jangan stress mama semua! Kadangkala, tekanan boleh menjadi punca kemerosotan pengeluaran susu badan. Ketahui 5 makanan yang boleh membantu anda meningkatkan pengeluaran susu.

  1. Oatmeal

Oat ialah makanan berserat tinggi dan boleh menjadi pengganti nasi. Jika anda sedang mencari makanan yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan anda , inilah dia! Semangkuk oatmeal dapat membantu anda rasa kenyang selepas sarapan pagi. Tetapi elakkan memilih oatmeal segera kerana ia mengandungi garam dan gula yang berlebihan.

 

  1. Yogurt

Makanan berkrim ini mempunyai protein dan kalsium. Tetapi berhati-hati dengan pengambilan yogurt jika si manja anda ada didiagnos mengalami masalah alahan susu. Antara tanda-tanda bayi anda mengalami alahan protein susu ialah kerap meludah, cirit-birit, najis berdarah, ruam, batuk dan tercungap-cungap.

 

  1. Bayam

Makanan yang kaya dengan zat besi ini amat efektif untuk menambah tahap zat besi anda (terutama jika anda mengalami masalah anemia atau kehilangan terlalu banyak darah semasa melahirkan bayi). Terdapat kajian yang mengaitkan bahawa tahap zat besi yang rendah akan mempengaruhi pengeluaran susu badan. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk makan bayam secara sederhana kerana pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.

 

  1. Kacang badam

Kacang badam bukan hanya mengandungi protein, malah kekacang ini juga merupakan sumber kalsium bukan tensusu yang baik. Ibu yang menyusukan bayi sebaik-baikya mengambil 1000mg kalsium sehari bagi membolehkan susu yang terhasil nanti tinggi kalsium. Jika anda tidak mendapat kalsium yang mencukupi menerusi diet, nanti susu badan anda akan ‘mencuri’ kalsium dari tulang dan gigi anda.

 

  1. Kurma

Kurma adalah satu lagi makanan yang kaya dengan kalsium. Kurma diketahui amat baik untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu badan, kerana ia mengandungi prolaktin. Selain itu, kurma juga mengandungi serat yang tinggi dan manis semula jadi. Anda juga boleh masukkan sekali kurma dalam hidangan pagi oatmeal anda.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604