Ramai ibu bapa tidak sedar sebenarnya mereka mendera anak secara senyap. Ya, memang anda tidak pukul anak, cekik, sebat anak dengan tali pinggang sebab anda tahu itu penderaan, itu kejam, dosa dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak. Anda selalu ingat anda tidak dera dan anda ingat apa yang anda buat selama ni tidak apa-apa, tapi rupanya anda sedang dera anak dalam senyap.

Berikut merupakan contoh penderaan senyap:

  1. Mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi

Contohnya, bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu, anda buat tak tahu. Langsung tak beri sebarang reaksi. Ni banyak berlaku bila anda layan anak “sambil-sambil” buat benda lain.Maka jadilah anak itu seperti bercakap dengan dinding sebab reaksi ada sama macam dinding.

  1. Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain

Contoh bila ada orang puji anak kita, “ Ya Allah baiknya Adam ni. Suka betul tengok dia.” Tapi anda jawab, “Baik?? Tak adanya! Makan bersepah, main tak reti kemas, malas mandi.” Konon-konon tak nak riak dengan orang yang memuji tadi. Tapi tanpa sedar anda telah terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain. Anak pun terluka bila dengar. Tindakan yang sewajarnya ialah perlu menyebut “Alhamdulillah” Pandang muka anak dan cakap, “ Terima kasih jadi anak yang baik, mama bangga dengan kamu.”

  1. Meragui atau menindakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak

Contoh kalau anak cerita dekat sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia. Tapi anda jawab, “Ala tak apa. Biasa je tu. Abaikan je.” Sikap tidak endah ibu bapa macam ini akan buat anak-anak keliru dengan diri dan hilang kepercayaan pada diri anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting.

  1. Cerewet

Ibu bapa yang cerewet, terlalu banyak merungut, terlalu banyak yang tidak kena di matanya. Anak comot, buat lawak sikit, silap baca, dapat no. 2 dalam kelas semua marah, semua tak kena. Ibu bapa yang cerewet atau suka merungut  macam ini sebenarnya bukan sebab nak anak sempurna sangat tapi diri sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terlalu banyak.

  1. Kurang memuji, tak ucap sayang dan tidak menzahirkan sokongan

Ibu bapa jarang sangat ungkap “ I Love You” kat anak-anak sebab ego. Bila anak capai sesuatu, amat jarang ucap tahniah. Tambah lagi teruk bila Cuma ungkap. “Ala biasa je tu.” Jika anda ibu bapa seperti ini, jangan terkejut bila anak dah berjaya nanti, mereka tak ucap terima kasih pun dekat anda sebab sikap anda sendiri  yang minta untuk tidak dihargai.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604