Soalan lazim yang buat ibu muda sering tertanya-tanya adakah anak mereka kenyang terutamanya ibu yang menyusukan anak dengan susu badan, mereka tidak tahu amaun susu yang telah diminum oleh si manja.

Lebih-lebih lagi apabila si manja sering menunjukkkan tanda-tanda tidak puas menyusu dan kerap meminta susu. Jadi, apakah tanda-tanda anak anda sudah kenyang atau masih lapar?

  1. Berapa kerap bayi anda menyusu?

Selalunya, bayi baru lahir akan menyusu dalam 8 hingga 12 kali sehari iaitu selang 2 atau 3 jam. Setelah beberapa hari bayi lahir, si manja anda mungkin mengambil masa yang lama semasa menyusu atau semakin kerap menyusu. Jadi, mak, ibu, ummi atau mama di luar sana usah perlu risau jika payudara anda tidak dapat memberikan susu yang secukupnya kepada anak ini kerana semakin kerap bayi anda menyusu, rangsangan susu pada payudara anda juga makin bertambah.

  1. Adakah berat bayi anda bertambah?

Jika berat badan anak anda semakin meningkat, itu adalah petanda yang menunjukkan anak anda mendapat makanan yang cukup. Walaubagaimanpun, usah bimbang jika berat anak menurun. Kebanyakan bayi akan mengalami penurunan berat badan pada minggu pertama kelahiran dan akan mendapat semula beratnya seperti waktu lahir dalam tempoh seminggu ke dua minggu lepas itu.

  1. Adakah bayi anda menelan semasa menghisap susu?

Ibu-ibu perlu sentiasa dengar dan perhatikan bayi anda semasa sedang menyusu. Ini disebabkan bayi yang dapat menghisap susu dengan betul akan kelihatan seperti menelan susu dan anda akan dengar bunyinya menelan. Di samping bahagian bawah dagunya atau tekak akan bergerak-gerak.

  1. Adakah payudara anda menjadi lembut?

Anda akan dapat merasakan payudara anda menjadi lembut selepas menyusukan si manja. Selalunya, sebelum menyusukan bayi, payudara anda akan terasa berat kerana berisi susu dan akan menjadi lembut selepas menyusu anak anda.

  1. Berapa kerapkah anak anda membuang air?

Kekerapan si manja membuang air juga boleh dijadikan ukuran untuk mengetahui sama ada dia cukup susu atau tidak. Lazimnya, bayi yang cukup susu akan kencing sebanyak 6 hingga 8 kali sehari dan akan membuang air besar sebanyak lebih daripada 3 kali sehari.Setiap di awal kelahiran bayi, najis akan bewarna gelap dan bertukar menjadi kuning cerah selepas hari kelima kelahiran.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty